Galeri 2024
Kategori : Aktiviti
(Sila klik pada aktiviti untuk paparan gambar)
11 Mac 2024
🏋️🏃Jom Fit Hospital Pendang 2024: 12 Weeks Body Transformation Challenge🤾🚴
Dianjurkan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian, Unit Fisioterapi dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Kelab Dietitian HSB.
Sebanyak 44 peserta telah mendaftar untuk cabaran ini bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM 750.
Cabaran ini melibatkan aktiviti pemantauan berat badan serta komposisi lemak dan otot tubuh setiap minggu, kelas diet online, Book Doc Steps Challenge, ujian darah dan senaman yang akan dimulakan pada bulan Syawal nanti. Selain itu peserta juga menerima online coaching daripada Dietitian dan Physiotherapist.
Ybrs Pengarah Hospital dalam Ucapan perasmian merakamkan perghargaan kepada semua urusatia dan peserta yg terlibat dan cabaran sebenar adalah mengekalkan momentum dan semangat untuk kekal fit dan sihat dengan berat badan ideal selepas tamat program nanti. Semua anggota akan menjadi fasilitator dan pembakar semangat kepada individu lain dalam hosp setelah berjaya dalam sesi kali ini.
11 Mac 2024
11 Mac 2024
Program Ihya’ Ramadhan
Beri Sekadar Mampu dan Ambil Sekadar Perlu![]()
Bagi penduduk Pendang yang memerlukan sumbangan tersebut, kami dengan rendah hati menjemput untuk bersama-sama kami pada setiap Jumaat, jam 9 pagi hingga 11 pagi sepanjang Ramadhan yang mulia ini di Lobi Hospital Pendang.
Semoga usaha yang kecil dan sedikit ini mampu menjalin ukhwah antara sesama insan di samping meringankan sedikit beban mereka yang terkesan.
10 Mac 2024
Sambutan Hari Pembantu Perubatan Hospital Pendang 2024
Sambutan yg dijadikan secara rasmi oleh KKM saban tahun pada 10 Mac menandakan penghargaan kerajaan kepada khidmat bakti anggota PPP seluruh negara.
Majlis Perasmian bermula dengan bacaan ikrar ketuai oleh wakil PPP dan diikuti oleh ucapan aluan oleh Timbalan Ketua PPP Hospital, Ybrs En Hasrizal Amil yg menetapkan sejarah dan liku-liku perjalanan PPP yg harus dilengkapkan dengan nilai amanah dan tanggungjawab bersama.
Ybrs Pengarah Hospital dalam ucapan perasmian merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah atas jasa bakti semua Penolong Peg Perubatan (PPP) sejak mula pembukaan sehingga kini dan diharapkan semua tugasan dibuat secara bersama dengan menetapkan kreativiti agar memudahkan semua.
10 Mac 2024
10 Mac 2024
🌿Ceramah Agama -Feqah Ramadhan dan Perubatan🌿
lebih 200 anggota kesihatan dari dalam dan luar hospital menerusi kehadiran fizikal dan maya telah memperbaharui ilmu berkenaan Feqah Berpuasa pada pagi hari ini (9pagi-11.30pagi) , Untuk kebaikan diri dan para pesakit yg mendapat rawatan sepanjang bulan Ramadhan yg mulia nanti di hospital ini.
Ceramah oleh Penceramah bebas Al Fadhil Ust Hadi Johari telah mengupas pelbagai sudut penting secara tersusun melibatkan Keutamaan, rukhsoh (kelonggaran) perkara2 yg boleh menghilangkan serta menjadikan puasa terbatal dan kaedah2 yg boleh diamalkan pesakit sepanjang berada dalam rawatan hospital disusuli dengan soal jawab oleh hadirin secara fizikal dan maya.
7 Mac 2024
🌿Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Mingguan🌿
Minggu ini majlis Bacaan Yasin di adakan di Klinik Pakar Jab Perubatan dan Psikiatri Hospital Pendang memohon kehadrat Ilahi agar semua Tugasan anggota di permudahkan dan beroleh Kesejahteraan dan keberkatan kepada semua anggota dan pesakit.
Semoga Ukhuwah antara anggota terus mekar dan diberi ruang idea dan kreativiti utk menambahbaik lagi aspek perkhidmatan terutama Perkhidmatan Perubatan Dalaman dan Psikiatri.
7 Mac 2024
5 - 6 Mac 2024
Bengkel Pemurnian Laporan Tahunan Hospital Pendang 2024
Menyedari hal ini, pihak JK Hosp telah menjalankan inisiatif bengkel agar semua pihak terlibat dapat menambah kefahaman dan menyelesaikan penyusunan dan pemurnian dengan perbincangan membina secara tertutup.
1 Mac 2024
🌿Majlis Makan Malam Gala Dinner Sempena 1 Tahun Operasi Hospital Pendang bertema White & Floral🌿
Tahniah kepada Kelab Kebajikan dan Ukhuwah atas kejayaan menganjurkan Majlis Gala Dinner, bertempat di Florist Hall Alor Setar yang penuh dengan hiasan bunga bungaan dan pencahayaan indah sekali.
Majlis dimulai dengan Ucapan aluan Pengerusi Kelab Ybrs Dr Mohammad Aiman Hazim. Pengarah Hospital dalam ucapan merakamkan tahniah kepada semua anggota yang berhempas pulas memberikan perkhidmatan cemerlang dengan penuh dedikasi dan komited sejak pembukaan sehingga semua jabatan/unit berfungsi sepenuhnya. Pengarah sebelum mengakhiri ucapan telah menyanyikan lagu Happy Birthday Hospital dan Allah Selamatkan Kamu Anggota Hospital bersama-sama hadirin dengan diikuti oleh Band Musician dibawa khas dari Hospital Pulau Pinang & Pendang.
Pelbagai aktiviti menarik dimuatkan termasuk cabutan bertuah, King and Queen of the Night, Kanak-kanak Paling Comel Berpakaian Bertema, Anggota paling Rajin dan Baik serta Pertandingan dan Permainan Ringkas dalam suasana meriah dan ceria sambil menjamu makanan dan minuman enak yg disediakan.
Majlis diserikan dengan upacara kemuncak iaitu Acara Pemotongan kek Bertingkat dihiasi indah Menandakan 1 Tahun Anniversary Hospital yg dicintai semua anggota ini.
1 Mac 2024
28 & 29 Februari 2024
Kursus Asas Keselamatan Kebakaran dan Latihcuba (Drill) Keselamatan Kebakaran Peringkat Hospital Pendang - Sempena Satu Tahun Pengoperasian Hospital
Kursus Asas dilaksanakan pada hari pertama kursus melibatkan sejumlah anggota di Dewan Persidangan. Penceramah dari kalangan AJK utama dan Pihak Bomba melibatkan teori dan praktikal pemadaman api di kawasan luar bangunan.
..........
'Api..Api!' jeritan anggota bertugas di Bilik prosedur Spint di Unit Fisioterapi Jabatan Rehabilitasi membuka fasa pertama Drill jam 11 pagi. Kod Black diumumkan menerusi sistem siaraya dan seterusnya usaha pemadaman awal dilaksanakan oleh Anggota terlibat.
Apabila penilaian dibuat oleh Floor Marshal dan Anggota OKK Jabatan dan melihat kepada kemungkinan merebaknya kebakaran ke tempat lain dan setelah didapati Terdapat anggota kesihatan terperangkap dan pengsan di bilik berkenaan..maka Pelan Kawalan Bencana Kebakaran diaktifkan setelah Pengarah Hospital membuat keputusan serta kod Green diumumkan serta merta!
Pihak Bomba tiba dalam masa singkat sementara semua anggota IMT membuat lapor diri di Bilik Gerakan Bencana yg dibuka. Semua pihak diketuai Oleh YBrs Pengarah Hosp selaku Ketua Operasi memainkan peranan efektif dalam suasana bencana yg boleh menjadi tidak terkawal jika tindakan segera tidak diambil.
Usaha menyelamat dan pemadaman di teruskan oleh pihak Bomba dengan bantuan OKK secara tersusun..
Pengarah mengisytiharkan stand down tepat jam 11.45 pagi setelah semua situasi sudah terkawal dan selamat dilaporkan oleh pihak Bomba dan Pegawai Bencana/ FSO berpuas hati dengan semua keadaan yg diteliti
25 Februari 2024
Sambutan 1 Tahun Operasi Hosp Pendang : Senamrobik, Majlis Penanaman Pokok dan Perjenamaan Taman Rekreasi Impian Indah Hospital Pendang
Majlis diteruskan dengan upacara penjenamaan semula Kawasan kolam Tadahan air kepada Taman Rekreasi Impian Indah yg mempunyai laman dan jalan berturap untuk beriadah dan berehat khusus disediakan untuk anggota hosp dan para pelanggan yg mendapat rawatan di sini.
Pengarah bersama Ketua Jabatan dan Unit serta wakil menanam pelbagai jenis pokok mewakili jabatan dan unit masing-masing di laman yg dikhaskan menandakan perkhidmatan sudah menjangkau 1 tahun.
Jualan amal turut dijalankan di perkarangan hospital sempena Sambutan 1 tahun Pengoperasian dengan pelbagai jualan amal makanan dan barangan termasuk sumbangan pakaian percuma kepada yg memerlukan.
25 Februari 2024
19 Februari 2024
Ceramah Motivasi 'Pekerja Cemerlang Sentiasa Senang' Sempena 1 Tahun Pengoperasian Hospital Pendang
Beliau menyentuh pelbagai konsep dan kaedah untuk menjadi staf cemerlang dengan memotivasikan pemikiran dengan pendekatan yg pelbagai dan pada masa sama kekal sihat fizikal dan mental.
15 Februari 2024
Program Ceramah Agama Israk Mikraj, Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena 1 Tahun Pengoperasian Hospital Pendang
Disusuli dengan Solat Zohor Berjemaah, Solat Sunat Hajat dan Majlis Bacaan Yasin di surau utama hospital (Surau Annur).
15 Februari 2024
19 Februari 2024
Pemantauan Struktur dan Fungsi Bangunan oleh Unit Kejuruteraan dan Pengarah
Pemantauan turut melibatkan Pengarah Hospital sendiri. Pengurusan sentiasa mengambil berat tentang pencapaian cemerlang pihak Kontraktor dan sama-sama membuat penelitian keperluan baharu jika ada, dengan harapan semua struktur dan alatan melibatkan skop syarikat dan pihak-pihak lain diselesaikan dengan sebaiknya dalam tempoh tertentu sebelum pihak Pengurusan Sokongan Hospital dapat mengambil alih.
Tahniah Unit Kejuruteraan Hospital Pendang kerana bertungkus lumus melaksanakan peranan mereka dengan sebaik mungkin.
19 Februari 2024
Sesi Townhall Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dengan Pengarah Hosp
Ini adalah sesi ke4 setelah PPP U29, Jururawat U29, JuruXray, Pen. Peg Farmasi dan JTMP mengadakan perjumpaan serupa.
19 Februari 2024
14 Februari 2024
Pembukaan Klinik Pakar Lawatan OromaxilloFacial
Terima kasih Dr Pakar Dr Rohaizar bt Ismail dan team dari Hospital Sultanah Bahiyah- HSB.
Seramai 14 org pesakit hadir untuk temujanji mendapatkan perkhidmatan rawatan berkenaan pada peringkat ini dan dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
5 Februari 2024
Sesi Pembentangan Dokumentasi Jabatan Mengikut Panduan MSQH
Semua Jabatan harus dilengkapkan dengan dokumentasi yg menyeluruh dan bertepatan dengan saranan MSQH agar Jabatan2 yg semakin berkembang fungsi dan perkhidmatan adalah mengikut tatacara yg telah ditetapkan KKM dan untuk mengelak sebarang kemudharatan seperti isu medicolegal dll. Semua aktiviti kerja mestilah mengikut dokumen dan polisi yg seragam di jabatan berkenaan agar prestasi adalah cemerlang.
Harini Jabatan Orthopedik diketuai Mr Wong telah membuat pembentangan bagi setiap satu soalan mengikut Standard 9J MSQH bersama Ybrs Pengarah dan Unit Kualiti. Saranan yg dibuat bersama akan diambil tindakan oleh Jabatan berkenaan sebelum Audit dibuat oleh pihak tertentu selepas ini.
5 Februari 2024
4 Februari 2024
31 Januari - 1 Februari 2024
PROGRAM KARNIVAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN MADANI PERINGKAT DAERAH PENDANG TAHUN 2024
Antaranya pameran interaktif kesihatan seperti Pencegahan Penyakit Bawaan Vektor, Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit seperti Kesihatan Mental, Amalan Pemakanan Seimbang, dan Penyakit Berjangkit HIV/ STD, Wellness on Wheel (WOW) Kedah.
Warga kerja Hospital Pendang juga turut sama memberi pendidikan tentang keselamatan ubat, ujian mikrobiologi dan rawatan rehabilitasi tubuh badan.
Pendedahan ilmu dan kemahiran berkenaan kesihatan dan keselamatan kepada golongan pelajar adalah penting untuk memastikan cara hidup sihat bermula dari awal semasa dibangku sekolah sesuai dengan slogan ‘Kesihatan Sepanjang Hayat’ selain tidak terpengaruh dengan jenayah sosial dan komersial melibatkan media massa dan elektronik. masyarakat yang penuh penyakit sudah semestinya tidak boleh menyumbang kepada kemajuan negara.
Karnival ini diserikan degan kehadiran Senior Assistant Commisioner Polis Tuan Kamaruzaman Elias, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM Negeri Kedah yang telah mewakili Ketua Polis Kedah untuk merasmikan Majlis Penutup Karnival Keselamatan Dan Kesihatan Madani Daerah Pendang Tahun 2024 pada hari kedua penganjuran karnival. Turut bersama beliau dalam ucapan aluan adalah, Mejar Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Shauqi Hj.Abdul Kadir, selaku Pengerusi Program merangkap Pengarah Hospital Pendang, Dr. Intan Melati Abu Bakar, Pegawai Kesihatan Daerah Pendang, En. Mohd Zaid Mat Zain, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pendang, dan Dato’ Zulkifli Mohamad, Pengerusi Yayasan Pencegahan Negeri Kedah.
31 Januari - 1 Februari 2024
7 Februari 2024
Sumbangan CSR kepada Pesakit-pesakit di Wad Kanak- kanak
Aktiviti ini bertujuan menambah keceriaan pesakit berkenaan selain sumbangan CSR Pihak Swasta kepada hospital.
30 Januari 2024
🌿Majlis Bacaan Yasin Sempena Pembukaan Dewan Bedah🌿
Perkhidmatan pembedahan umum dan Pembedahan tulang sudah bermula pada minggu lepas secara bius penuh menandakan perkhidmatan hospital sudah ditahap penuh.
Perkhidmatan bersalin secara pembedahan Caeserean Section juga akan bermula dalam masa terdekat oleh Jabatan O&G.
30 Januari 2024
30 Januari 2024
🌿Kursus Pemantapan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Perasmian Pembukaan Perkhidmatan OSCC🌿
Perkhidmatan ini penting sebagai sebahagian keperluan semasa agar kes-kes berkenaan dikendalikan secara menyeluruh dengan integrasi pelbagai kepakaran agar pesakit selesa dan diberi rawatan dan pemantauan lengkap.
17 Januari 2024
Pembedahan Bius Penuh
Jabatan Ortopedik, Hospital Pendang memulakan pembedahan pertama hari ini secara biusan setempat di Bilik Bedah.
Pembedahan Bius Penuh akan bermula tidak lama lagi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
Terima kasih atas kejayaan Jabatan Ortopedik dan semoga prestasi cemerlang ini terus dikekalkan bagi membantu perawatan pesakit.
17 Januari 2024
11 Januari 2024
🌿Perhimpunan Pagi Bulanan Pertama 2024🌿
Pengarah Hosp dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas kerjasama semua sepanjang tahun 2023 dan berharap semua bersedia menghadapi cabaran tahun 2024 seperti dalam satu keluarga. Beliau menggaris Azam Hospital pada tahun ini untuk membudayakan dan merakyatkan Perkhidmatan Perubatan dan menaikkan inisiatif kebajikan, kesihatan kepada anggota hospital.
Majlis ini adalah sebagai pencetus dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan anggota hospital dan memupuk semangat yg diperbaharui dalam berkhidmat kepada nusa dan bangsa.
21 Januari 2024
💊Pembukaan Farmasi Satelit💊
Farmasi Satelit akan membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad-wad tingkat 4 dan memberi perkhidmatan Bedside Dispensing dan Bedside Counselling kepada pesakit discaj Hospital Pendang.
21 Januari 2024
10 Januari 2024
Perjumpaan Pengarah Hospital Pendang bersama Pen. Peg. Perubatan Gred U29
Ia dihadiri oleh PPP dari Kecemasan, Klinik-klinik Pakar dan HDU serta lain-lain tempat.
11 Januari 2024
Sumbangan Kerusi Rehat
Setinggi terima kasih atas sumbangan. Besar atau kecil sumbangan bukan nilaian tapi cetusan ilham untuk menyumbang itulah bagi kami adalah begitu bererti. Niat dan semangat dalam membantu yang ditonjolkan adalah yg utama dan amat kami hargai.
![]()
![]()
11 Januari 2024
9 Januari 2024
Pembedahan Pertama copy
Ini menandakan SEMUA cabang perkhidmatan dan bahagian klinikal dan sokongan Klinikal Hospital sudah LENGKAP kecuali NICU dijangka bermula pada hujung bulan ini apabila defect tertentu selesai divarifikasi.
Tahniah kepada Jabatan Anesthesiologi dan Pembedahan.
Jumlah Pelawat
- Users 4
- Articles 108
- Articles View Hits 659
Hubungi Kami
Hospital Pendang
Mukim Air Puteh
06700 Pendang
Kedah Darulaman
No. Telefon : 04-7251000
E-Mail: hope@moh.gov.my