Info Kesihatan 2023

Alt Text

Seronok bercuti jangan sampai terleka.

Segera lakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya bergejala.

Dapatkan rawatan segera jika gejala bertambah teruk atau bergejala ringan sekiranya anda dalam golongan berisiko tinggi.

Alt Text

Home Surveillance Order (HSO) diberikan selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19. Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember.

Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO. Sijil digital HSO adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342].

Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.

Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin (screenshot) untuk makluman pihak majikan. Pekerja juga dinasihatkan utk melaporkan status COVID-19 dengan JUJUR.

Alt Text

๐Ÿ˜Kebersihan mulut yang baik mampu memberikan keyakinan kepada individu untuk bergaul dengan orang ramai dan menghindari daripada penyakit berbahaya.

Salah satu penjagaan kebersihan mulut adalah menggosok gigi, membersihkan lidah, berkumur dan sebagainya. Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi bagi mengesan sebarang penyakit berkaitan gigi dan gusi. 

Oleh itu, orang ramai hendaklah disarankan mengikuti tip kebersihan mulut agar mulut bagi memastikan mulut sentiasa bersih.

Alt Text

SENARAI HOTLINE BILIK GERAKAN JABATAN KESIHATAN NEGERI DAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH DI NEGERI KEDAH

Alt Text

Situasi COVID-19 di Malaysia dalam keadaan terkawal. Namun, harus diingatkan bahawa virus COVID-19 masih berada di sekeliling kita.

Sentiasa amalkan 3W, Elak 3S, ambil vaksin dan dos penggalak, serta lakukan TRIIS sekiranya bergejala.

Walaupun kebanyakan gejala jangkitan adalah ringan, tetapi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai ko-morbid serta tidak divaksin, berisiko lebih tinggi mendapat gejala teruk.

Alt Text

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum terhadap isu yang tular baru- baru ini di media sosial berkaitan dengan menghidangkan kopi bersama arang, kerana ia mungkin boleh mendatangkan risiko sekiranya dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.

Mengikut Akta Makanan 1983, arang tidak dikategorikan sebagai makanan. Sehubungan itu, penambahan arang ke dalam minuman kopi merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang jika didapati bersalah, boleh dijatuhi denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Alt Text

Tahukah anda โ“

Minuman "zero-sugar" selalunya mengandungi pengganti gula yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Pilihlah MINUMAN TANPA GULA seperti:

1๏ธโƒฃ Kopi

2๏ธโƒฃ Teh hijau

3๏ธโƒฃ Jus buah tanpa gula

4๏ธโƒฃ Air kosong

"GULA: 1 SUDU TEH DAH CUKUP, KURANG LEBIH BAIK, TIADA TERBAIK"

Alt Text

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang di Malaysia menghidap hipertensi.

Sekiranya hipertensi tidak dicegah atau dirawat, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang.

Rakyat Malaysia diseru untuk cakna status kesihatan bagi mencapai tahap kesihatan yang maksimum tanpa halangan atau batasan kerana kesihatan adalah milik kita. Marilah kita berusaha untuk kekal cergas dan sihat, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga, generasi masa depan dan masyarakat. Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam, Hindari Hipertensi. Sentiasa CERDIK!

Alt Text

๐Ÿ™โ€โ™‚๏ธLelaki lebih berisiko menghidap hipertensi berbanding wanita. Periksa tekanan darah dengan kerap bagi memastikan tekanan darah anda terkawal. 

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk mengurangkan risiko hipertensi.๐Ÿฉบ

Alt Text

Alt Text


Alt Text

Yeay! Hujung minggu datang lagi.

Nak buat apa ya? Jom cari dan musnah tempat pembiakan Aedes luar dan dalam rumah. Tak lama.. 10 minit je!

Sambil-sambil tu bolehlah kitar semula barang-barang terbuang.

Sambil kutip sampah, dapat juga beriadah. Persekitaran bersih, badan sihat.

Alt Text

๐–๐€๐’๐๐€๐ƒ๐€ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐๐€๐–๐€๐€๐ ๐€๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐€๐’๐€ ๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘

Penyakit-penyakit ini mudah berjangkit dan boleh memudaratkan kesihatan. Dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika bergejala.

Alt Text


Alt Text

๐Ÿ˜ทPemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di  fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit. 

๐Ÿ“ŒManakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak, dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri.

BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

Alt Text

Adakah HIV dan AIDS penyakit yang samaโ“

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.

Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember 2023, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.

Alt Text


Alt Text


Alt Text

Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap amat penting bagi memastikan badan sihat dan cergas sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Aktiviti fizikal juga mampu menjamin kesihatan mental dengan membantu mengurangkan tekanan, kebimbagan atau keresahan, kemurungan atau masalah perkembangan kognitif. 

Oleh itu, orang ramai disarankan melakukan aktiviti fizikal semudah berjalan kaki bagi memastikan diri tidak berada pada tahap sedentari dan sentiasa bergerak.

Alt Text

Hipertensi merujuk kepada tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).

Pengambilan garam melebihi saranan merupakan antara faktor risiko utama hipertensi. Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 7.9 gram bersamaan 1.6 sudu teh sehari (MyCoSS 2019). Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram atau bersamaan 1 sudu teh sehari.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai  melakukan saringan kesihatan melalui Insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI).

 Disamping fasiliti kesihatan KKM, program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Klinik PeKA B40 dan Farmasi Komuniti, menyediakan perkhidmatan saringan secara meluas di seluruh negara. Pihak PERKESO juga menawarkan baucar bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat saringan percuma bagi pencarum yang layak. 

Alt Text

๐ŸšญRokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang  boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.

๐ŸšฌTabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.

Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut  yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).

Alt Text

โ€ผ๏ธPengambilan makanan yang tinggi gula akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis dan penyakit kardiovaskular.๐Ÿซ€

Penyakit kencing manis akan mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ seperti mata, buah pinggang, saraf dan sebagainya.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menghadkan pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman agar kekal sihat.

Alt Text

๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฆ ๐›๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข

โ€ผ๏ธOrang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa.

Sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti yang dikongsikan bagi mencegah penyakit-penyakit yang sering terjadi semasa musim banjir.

โ€œJaga Keselamatan, Cegah Sebelum Terlewatโ€

Alt Text

Mengapa perlu vape kalau tidak merokok?

Penggunaan e-rokok sebenarnya menggalakkan ketagihan nikotin secara berpanjangan.

Dapatkan bantuan berhenti merokok di Quitline 03-88834400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran.

Alt Text

๐Ÿ’ŠAntibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus. Antibiotik hanya digunakan dalam rawatan jangkitan bakteria sahaja.

Ketahui cara pengambilan antibiotik yang betul bagi mengurangkan kerintangan antibiotik.

Alt Text

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023. โ›ˆ๐ŸŒฆ

๐ŸฆŸSemasa musim hujan, bekas yang menakung air berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan tiada bekas menakung air terutamanya di luar rumah.

Alt Text

Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut. Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang.

Kira-kira 1๏ธโƒฃ dalam 1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ kelahiran di dunia adalah kelahiran pramatang.

Antara penyebab kelahiran pramatang ini adalah pemakanan tidak sihat, merokok, penggunaan dadah, infeksi salur kencing 

selain dari penyakit NCD seperti diabetes, penyakit jantung, masalah ginjal dan tekanan darah tinggi.

Bersempena Hari Pramatang Sedunia ini, ambil peluang untuk mempertingkatkan kesedaran dan mencegah kelahiran pramatang.

"๐ฌ๐ฆ๐š๐ฅ๐ฅ ๐š๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง, ๐๐ˆ๐† ๐ˆ๐Œ๐๐€๐‚๐“: ๐ˆ๐ฆ๐ฆ๐ž๐๐ข๐š๐ญ๐ž ๐’๐ค๐ข๐ง ๐ญ๐จ ๐’๐ค๐ข๐ง ๐‚๐š๐ซ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ซ E๐ฏ๐ž๐ซ๐ฒ ๐๐š๐›๐ฒ ๐„๐ฏ๐ž๐ซ๐ฒ๐ฐ๐ก๐ž๐ซ๐ž"

Alt Text

โ€ผ๏ธDiabetes boleh dicegah dan dikawalโ€ผ๏ธ. 

โœ”๏ธKurangkan risiko diabetes dengan  mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta  hindari rokok dan alkohol.

'๐†๐ฎ๐ฅ๐š: ๐Ÿ๐’๐ฎ๐๐ฎ ๐“๐ž๐ก ๐ƒ๐š๐ก ๐‚๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ, ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐š๐ข๐ค,๐“๐ข๐š๐๐š ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค' 

JOM AMALKAN ๐™๐™๐™…๐™๐™ƒ (7) ๐˜พ๐˜ผ๐™๐˜ผ ๐™ˆ๐™๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ SEPERTI YANG DIKONGSIKAN.

Alt Text

๐Ÿšฌ๐ŸšฌPerokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian. 

Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.

Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan  berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/

Alt Text

๐Ÿ“ŒKetahui alternatif bagi garam yang boleh meningkatkan rasa sedap pada makanan anda dan masih mengekalkan hidangan yang sihat dan bernutrisi. Kesedaran terhadap tabiat pemakanan yang berkhasiat, bermula daripada rumah. 

Jom, kita mulakanโ—

Alt Text

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia.  Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai '๐ฌ๐ž๐ฉ๐ญ๐ข๐œ ๐ฌ๐ก๐จ๐œ๐ค' dan membahayakan nyawa.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.

โ€ผ๏ธ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐š๐ฒ๐š ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐ž๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ข๐š๐ฌ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฎ๐ค๐š๐ง.

Alt Text

WHO (2015) menyarankan pengambilan gula sehari bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah keperluan tenaga harian.

๐Ÿ“Œ Bagi individu yang sedentari, keperluan kalori harian adalah 1500 kalori, jadi saranan pengambilan gula adalah tidak melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil di dalam makanan dan minuman harian yang lain. 

Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. 

๐†๐ฎ๐ฅ๐š: ๐Ÿ ๐’๐ฎ๐๐ฎ ๐“๐ž๐ก ๐ƒ๐š๐ก ๐‚๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ, ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐š๐ข๐ค, ๐“๐ข๐š๐๐š ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐คโ€™.

Alt Text

Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

Alt Text

๐Ÿคง Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

โš ๏ธDalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi.Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:

โ–ช๏ธ Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)

โ–ช๏ธ Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun

โ–ช๏ธ Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.

Alt Text

Setiap individu berhak mendapatkan akses terhadap bantuan dan rawatan, terutama dalam isu kesihatan mental.

โ˜Ž๏ธTalian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555, beroperasi setiap hari termasuk cuti umum 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

"Help With Empathy And Love"

Alt Text

๐ŸฉบKetahui faktor risiko kepada strok. 

Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak. 

Ia merupakan:

โœ… Punca ketiga (3๏ธโƒฃ)bagi kematian di Malaysia

โœ… Penyebab kedua (2๏ธโƒฃ) kematian di seluruh dunia

โœ… Penyebab utama (1๏ธโƒฃ) bagi kehilangan upaya orang dewasa. 

โ€ผ๏ธAmbil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko anda dan keluarga mendapat strok.

Alt Text

Beban morbiditi dan mortaliti penyakit strok di Malaysia sentiasa diberi perhatian. Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk:

1๏ธโƒฃ Mengurangkan prevalens penyakit strok

2๏ธโƒฃ Memastikan rawatan akut serta rehabilitasi pesakit strok setanding dengan negara-negara maju.

3๏ธโƒฃ Memastikan penduduk Malaysia mempunyai akses kepada rawatan penyakit strok sebaik sahaja mereka diserang strok.

Alt Text

Amalan merokok akan memudaratkan kesihatan seperti meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru. Namun, terdapat sesetengah masyarakat masih sukar meninggalkan tabiat buruk ini disebabkan ketagihan terhadapnya.

Sehubungan itu, inisiatif menghentikan tabiat merokok akan memberi pelbagai kebaikan kepada perokok dan orang sekeliling terutamanya dari aspek kesihatan.

Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/

Alt Text

Pantau dan nasihatkan anak-anak agar tidak bermain dengan air banjir. Lindungi mereka daripada penyakit bawaan air.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

Alt Text

Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesihatan dan mencegah penyakit.

Salah satu amalan pemakanan sihat adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia Suku-suku Separuh yang terdiri daripada suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk menghindari obesiti dan penyakit tidak berjangkit.

Alt Text

Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung sekiranya berlakunya komplikasi sekiranya individu tidak mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif secara fizikal

Ketahui punca dan gejala serangan jantung sebagai panduan bersama.

Alt Text

Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.

Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

Alt Text

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan& Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa Malaysia menghidap tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikkan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan kompilasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.

Alt Text

Asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada anda yang merokok, mereka yang berada di sekeliling perokok yang terhidu asap rokok turut mendapat kesannya.

Bebaskan diri daripada asap rokok untuk mencegah risiko KANSER.

Alt Text
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, ๐Ÿฐ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฑ ๐—ฑ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ yang berusia 16 ๐™ฉ๐’‚๐™๐’–๐™ฃ ๐™ ๐’† ๐’‚๐™ฉ๐’‚๐™จ adalah TIDAK AKTIF.

Aktiviti fizikal yang mencukupi sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Oleh itu, orang ramai hendaklah mengambil inisiatif meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari agar kekal sihat dan cergas.
Alt Text
HUKUM PENGGUNAAN VAPE @ ROKOK ELEKTRONIK
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpandangan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik adalah HARAM.

Alt Text
Tabiat menghisap vape semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, tabiat menghisap vape boleh memudaratkan kesihatan seseorang sama seperti rokok biasa.

Hal ini kerana tabiat tersebut boleh menjejaskan organ tubuh seperti mata, jantung, perut, sel otak, tekak dan paru-paru.

Oleh itu, penghisap vape perlu menghentikan sentimen vape lebih selamat daripada rokok biasa seterusnya menghentikan tabiat tersebut dengan segera agar kekal sihat.

Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com 
Alt Text
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru supaya perokok sedia ada menanamkan azam untuk berhenti merokok dan mendapatkan bantuan daripada fasiliti kesihatan terdekat.

Bagi mereka yang tidak merokok, kekalkan amalan tersebut untuk mencapai sasaran generasi bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.
Alt Text
Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada 17 September 2023. Tema sambutan pada tahun ini adalah โ€œEngaging Patients for Patient Safetyโ€ bertujuan untuk meningkatkan usaha bagi melibatkan pesakit dan keluarga dalam memastikan keselamatan pesakit.

Pesakit dan keluarga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keselamatan pesakit dan ia merupakan salah satu elemen dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Keselamatan Pesakit Global.

Mari kita bersama mempertingkatkan dan memperkasakan lagi kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan Malaysia untuk semua.
Alt Text

Alt Text

Jenis-jenis komplikasi kaki yang boleh berlaku pada pesakit Diabetes

Alt Text
Sistem urinari berfungsi menapis darah daripada bahan toksik serta menghasilkan bahan kumuh seperti air kencing. Sistem ini terdiri daripada sepasang buah pinggang, sepasang salur ureter, salur uretra dan pundi kencing.

Jangkitan boleh berlaku melibatkan mana-mana organ tersebut apabila bakteria memasukinya. Namun, jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita kerana mempunyai saluran uretra yang lebih pendek.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan efisien.
Alt Text

Jumlah Pelawat

  • Users 4
  • Articles 108
  • Articles View Hits 659

Hubungi Kami

ย 

Hospital Pendang

Mukim Air Puteh

06700 Pendang

Kedah Darulaman

No. Telefon : 04-7251000

E-Mail: hope@moh.gov.my