PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Pesakit hendaklah diberi rawatan yang berkesan dan bersesuaian dengan masalah kesihatan mereka tanpa mengira umur, jantina, etnik, agama atau status ekonomi sosial secara profesional.
  2. Pesakit hendaklah dilayan dengan penuh mesra, empati, hormat, sopan dan ikhlas.
  3. Privasi dan kerahsiaan pesakit hendaklah dipatuhi.
  4. Pesakit hendaklah dijaga dalam persekitaran konduktif yang selamat, menyenangkan dan bersih.
  5. Pesakit dan ahli keluarga hendaklah diberi maklumat yang jelas dan mencukupi mengenai penyakit mereka, pengurusan penjagaan termasuk rawatan, prosedur dan risiko yang dijangkakan.
  6. Keluarga dan penjaga hendaklah diperkasakan dengan mendidik tentang kesinambungan penjagaan, promosi kesihatan, pencegahan dan pemulihan.
  7. Menghormati hak semua pesakit dan waris mereka termasuk aspek budaya, psikososial, spiritual, nilai-nilai dan kepercayaan individu.
  8. Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak terdapat di Hospital Pendang hendaklah dirujuk ke hospital atau institusi kesihatan lain yang sesuai.

Related Articles

Jumlah Pelawat

  • Users 4
  • Articles 108
  • Articles View Hits 659

Hubungi Kami

 

Hospital Pendang

Mukim Air Puteh

06700 Pendang

Kedah Darulaman

No. Telefon : 04-7251000

E-Mail: hope@moh.gov.my