
Hospital Jitra merupakan salah sebuah dari 9 buah hospital di Negeri Kedah Darul Aman dengan keluasan kawasannya 40 ekar. Ianya di bawah kategori hospital tanpa pakar dan Hospital Sultanah Bahiyah sebagai hospital rujukan. Memberi perkhidmatan kepada 222,405 orang penduduk Kubang Pasu.
Pada 01.10.1992 perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dimulakan dan seterusnya pada 14.02.1993 mula memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam. Pada peringkat awal pembukaannya hanya Wad Bersalin, Wad Lelaki dan Wad Perempuan sahaja yang beroperasi. Pada masa itu Wad kanak-kanak menumpang di Wad Perempuan. Dari masa ke semasa dan berikutan penambahan kepadatan penduduk di Daerah Kubang Pasu pada 01.01.1998 Wad Kanak-kanak mula beroperasi. Pada masa ini jumlah katil hanya 89 buah sahaja (14.02.1993 – 31.12.2004).
Hospital ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohammad (Mantan Perdana Menteri Malaysia) pada 03/05/1993. Beberapa bangunan tambahan di bawah RM Ke 8 dan 9 seperti Unit Kecemasan dan Trauma, beroperasi pada 27.11.2001. Wad Bersalin mula beroperasi pada 05.07. 2003 dan dinaik taraf penggunaan katil secara rasmi dari 12 katil kepada 26 katil pada (01.01.2005). ini menyebabkan jumlah penggunaan katil meningkat dari dari 89 buah kepada 103 buah.
Unit-unit lain yang turut naik taraf adalah Unit Fisioterapi pada 01.09.2003, Unit Pemulihan Cara kerja pada 01.10.2009, Pusat Inovasi Kesihatan (Unit Pendidikan, Unit kualiti dan perpustakaan) pada 01.01.2010. Klinik Pakar Lawatan pula mula beroperasi pada 01.03.2010. Hospital Jitra mendapat rawatan kepakaran Klinik Pakar Lawatan dari Hospital Sultanah Bahiyah.
Keluasan kawasan adalah 40 ekar dengan kawasan berpagar sepanjang 2,822.40 meter persegi dan jalan sepanjang 1 km. Mempunyai 47 blok bangunan, antaranya kuarters untuk anggota terdiri dari 1 unit blok kelas C, 2 blok dengan 8 unit kelas F 2, dan 1 blok kelas G dimana mempunyai 16 unit rumah.
Hospital Jitra mempunyai 91 katil pesakit dalam (mulai 2018) di mana semuanya adalah katil kelas 3. Di mana 12 katil selebihnya telah dijadikan katil untuk rawatan harian mata. Perubahan ini menyebabkan katil pesakit dalam dikurangkan kepada 91 katil daripada 103 katil sebelumnya.