Featured

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL YAN

 

  • Pesakit hendaklah diberi rawatan yang berkesan dan bersesuaian dengan masalah kesihatan mereka tanpa mengira umur, jantina, etnik, agama atau status ekonomi sosial secara profesional.

  • Pesakit hendaklah dilayan dengan penuh mesra, empati, hormat, sopan, ikhlas dan dipermudah cara urusan.

  • Privasi dan kerahsiaan pesakit hendaklah dipatuhi.

  • Pesakit hendaklah dijaga dalam persekitaran kondusif yang selamat, menyenangkan dan bersih.

  • Pesakit dan ahli keluarga hendaklah diberi maklumat yang jelas dan mencukupi mengenai penyakit mereka, pengurusan penjagaan termasuk rawatan, prosedur dan risiko yang dijangkakan.

  • Keluarga dan penjaga hendaklah diperkasakan dengan mendidik tentang kesinambungan penjagaan, promosi kesihatan, pencegahan dan pemulihan.

  • Menghormati hak semua pesakit dan waris mereka termasuk aspek budaya, psikososial, spiritual, nilai-nilai dan kepercayaan individu.

  • Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak terdapat di hospital ini hendaklah dirujuk ke hospital atau institusi kesihatan lain yang lebih sesuai.

Maklumat

HOSPITAL YAN

JALAN YAN KECIL

06900 YAN

KEDAH DARULAMAN

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan :

-Google Chrome

-Internet Explorer

-Firefox

dengan resolusi  1366 x 768

Pautan