Info HDU

Unit Hemodialisis, terletak di bahagian belakang bangunan Pejabat Pentadbiran Hospital Yan. Ia merupakan bangunan baru dengan kos pembinaan sebanyak RM 1.3 juta.Ia mula beroperasi pada 2 Februari 2010.

Perkhidmatan

  • Memberi rawatan hemodialisis sepanjang hayat kepada pesakit yang telah diddaftarkan sebagai pesakit tetap.
  • Merawat kes-kes tumpang (lodger) dari luar kawasan sekiranya ada kekosongan tempat.
  • Mengajar pesakit tentang pembelajaran kesihatan  mengenai pemakanan,rawatan dialisis,pengambilan
    air,pengambilan ubat-ubatan,pengawalan berat badan(Intradialytic weight),penjagaan fistula, senaman dan lain-lain.
  • Mendaftar pesakit yang telah disahkan menghidapi penyakit ginjal oleh Pakar Nefrologi atau Pakar Perubatan disenarai menunggu.
  • Menjalankan “Pre renal Transplant Preparation” ke atas pesakit di unit sebelum melalui pembedahan
    pemindahan ginjal di Hospital Kuala Lumpur setelah dipanggil oleh Pasukan Pemindahan Buah pinggang
    Kebangsaan Hospital Kuala Lumpur.
  • Memberi perkhidmatan immunisasi kepada pesakitpesakit baru yang belum mendapat suntikan vaksin
    Hepatitis B.
  • Melakukan prosedur transfusi darah melalui mesin dialisis sperti diarah.
  • Melakukan prosedur suntikan I/V Epoeitin,I/V Dextran dan I/V Desferrioxamine (DFO) semasa rawatan dialisis apabila diarahkan oleh Pakar Nefrologi.

Maklumat

HOSPITAL YAN

JALAN YAN KECIL

06900 YAN

KEDAH DARULAMAN

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan :

-Google Chrome

-Internet Explorer

-Firefox

dengan resolusi  1366 x 768

Pautan