Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL) ialah prosedur perubatan tanpa pembedahan yang digunakan
untuk merawat batu karang di buah pinggang dan salur kencing. Penyakit batu karang adalah masalah perubatan
yang umum dan permintaan untuk pilih rawatan yang cekap dan berkesan semakin meningkat. ESWL telah menjadi kaedah banyak diterima dan diutamakan untuk pemecahan batu karang kerana sifatnya yang minimally invasive dan masa pemulihan pesakit yang lebih singkat.
Oleh kerana lokasinya di tengah-tengah peta Negeri Kedah, Hopital Yan telah dipilih sebagai pusat untuk Perkhidmatan ESWL. Ini lebih memudahkan pesakit yang tinggal di utara atau selatan Negeri Kedah untuk mendapatkan rawatan penyakit batu karang ini.
Pembinaan dewan bedah ESWL bermula pada November 2022 dan telah berjaya disiapkan pada Februari 2023.
Perkhidmatan Dewan Bedah ESWL di Hospital Yan mula beroperasi pada pertengahan Mac 2023, perkhidmatan
ESWL meliputi dan menerima pesakit dari seluruh wilayah utara Malaysia terutamanya Negeri Kedah dan Perlis.
Perkhidmatan Dewan bedah ESWL di Hospital Yan, menawarkan perkhidmatan prosedur pemecahan batu karang di buah pinggang (kidney stones), saluran kencing (ureter stones) dan pundi kencing (bladder stones).
Prosedur dilakukan setiap hari Ahad hingga Khamis di Dewan Bedah ESWL dari 8.00 pagi ke 5.00 petang. Kebiasaannya pesakit diterima adalah walk-in patient setelah dirujuk oleh Pakar Urologi dari Jabatan Urologi, Hospital Sultanah Bahiyah. Prosedur ESWL in adalah Day-Care Procedure dimana pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad sebelum atau selepas prosedur. Dewan bedah ESWL Hospital Yan menggunakan teknologi
dan mesin SWL dari Tagerwilen, Switzerland pembuatan STORZ Medical AG.