FB FAQ Icon Aduan Icon Peta Laman

FB FAQ Icon Aduan Icon

 

Latar Belakang


Latar Belakang Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ditubuhkan pada tahun 1929 dan terletak di Jalan Bakar Bata, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kemudian dipindahkan ke Bangunan Wisma Persekutuan Alor Setar sekitar tahun 1990-an.

Seterusnya berpindah ke Bangunan Felda di bandar Alor Setar berhadapan dengan Pejabat Pengurus Felcra di kawasan perindustrian Mergong.

Pada Disember 2005, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah berpindah pejabat ke bangunan Kolej Kejururawatan Alor Setar di Lebuhraya Sultanah Bahiyah bersebelahan dengan Penjara Alor Setar.

Sekali lagi, bermula Jun 2012 Jabatan Kesihatan Negeri Kedah berpindah ke pejabat baru. Pejabat ini dibina Khas untuk Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang bertempat di Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar Kedah.

Jabatan ini bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap semua dasar dan melaksananakan semua program serta aktiviti Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Kedah.


  

HUBUNGI KAMI

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,
Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah 
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7741000

E-Mel: jknkedah@moh.gov.my

Tarikh Kemaskini: 30 Januari 2023

JUMLAH PENGUNJUNG
642269
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Keseluruhan
49
13692
5069
642269