Accessibility Tools

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN TERAS

JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH

 

Kami warga Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa  mengira  umur,  jantina,  keturunan,  agama  atau  taraf  sosio-ekonomi.  Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:

1.

Surat  tiada  halangan   bagi  permohonan  pendaftaran   Klinik Perubatan  Swasta  dikeluarkan dalam  tempoh  tujuh  (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

Bahagian Perubatan

2.

Pemeriksaan    Hospital    dan    Pusat    Hemodialisis    bagi pembaharuan lesen Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan  Swasta  (KPJKS)  dilakukan  dalam  tempoh  empat belas (14) hari bekerja setelah semua syarat dipatuhi

Bahagian Perubatan
3.

Pemeriksaan semula slaid darah malaria parasit (positif) yang diterima oleh Makmal Kaji Darah Vektor Negeri dilakukan dalam tempoh 24 jam dari masa slaid diterima.

Bahagian Kesihatan Awam
4.

Permohonan  pendaftaran  Klinik  Pergigian  Swasta  ditentusah dalam tempoh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

Bahagian Pergigian
5.

Permohonan lesen dan permit baru ubat terkawal diproses dan dikeluarkan  dalam  tempoh  tujuh  (7)  hari  bekerja  dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

Bahagian Farmasi
6.

Pengeluaran  Sijil  Jualan  Bebas  (Free  Sale  Certificate) dikeluarkan kepada syarikat yang memohon dalam masa satu (1) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
7.

Sijil Kesihatan dan Sijil Eksport dikeluarkan  setelah dokumen dan maklumat lengkap diperoleh daripada syarikat yang memohon dalam masa:

  • Tiga  (3)  hari  bekerja  (sekiranya  produk  mempunyai  sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan).
  • Sembilan belas (19) hari bekerja (sekiranya produk tiada sijil HACCP).
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
8.

Pengurusan  pembayaran  bil  dan  tuntutan  dijelaskan  dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

Bahagian Pengurusan (Kewangan)
9.

Semua permohonan hal-hal perkhidmatan, penanggungan kerja dan pengesahan jawatan diproses dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.

Bahagian Pengurusan (Sumber Manusia)
10.

Buku Perkhidmatan Kerajaan yang lengkap dihantar ke jabatan baharu pegawai yang bertukar dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja.

Bahagian Pengurusan (Sumber Manusia)
11.

Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal (akuan terima) dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

Bahagian Pengurusan (Khidmat Pengurusan)

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan JKNK melaksanakan piagam ini secara berkesan dengan:

  1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang diguna pakai dan;
  2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

MUAT NAIK PIAGAM PELANGGAN

Hubungi Kami

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,

Simpang Kuala, Jalan Kuala Kedah,

05400 Alor Setar,

Kedah Darul Aman

Emel: jknkedah@moh.gov.my

Tarikh Kemaskini : 6 Februari 2025

Jumlah Pelawat

005942
Hari ini: 175
Minggu Ini: 1,560
Bulan ini: 1,856
Keseluruhan: 5,942