CAJ DAN BAYARAN
A. Caj Kemasukan Wad
- Kadar bayaran deposit kemasukan wad di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi adalah bergantung kepada jenis perubatan dan mengikut kelas yang telah ditetapkan. Semua pesakit dikehendaki membayar deposit apabila dimasukkan ke wad.
- Orang Awam Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing perlu membayar wang cagaran seperti yang telah ditetapkan ketika pendaftaran.
- Kakitangan Kerajaan perlu mengemukakan Surat Pengesahan Kakitangan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan tempat pesakit/waris bertugas. (Sila maklumkan kepada petugas kaunter sekiranya pesakit / waris hendak menggunakan GL online HRMIS, dan sertakan sekali no. kad pengenalan pesakit/ waris yang berkenaan untuk memudahkan petugas kaunter mencari data pesakit/waris di dalam sistem HRMIS).
- Pesara Kerajaan perlu mengemukakan kad pesara bersama salinan kad pesara semasa pendaftaran.
- Kakitangan Swasta yang berdaftar dengan KKM perlu mengemukakan Surat Jaminan Syarikat Swasta tempat pesakit/waris bertugas untuk dikecualikan dari membayar deposit.
- Pelajar Sekolah/Pelajar IPT Awam perlu mengemukakan Surat Akuan Pelajar dari sekolah/IPT.
B. Caj Wad
i. Caj Wad Sehari
Kelas Wad | Warganegara | Bukan Warganegara |
Kelas Satu: |
||
Bilik 1 katil |
RM 120 | RM 320 |
Bilik 2 katil |
RM 90 | RM 240 |
Bilik 3 katil atau lebih |
RM 60 | RM 200 |
Kelas Dua |
RM 40 | RM 180 |
Kelas Tiga |
RM 3 | RM 160 |
ii. Caj Rawatan Sehari
Kelas Satu | Kelas Dua | Kelas Tiga | |
Warganegara |
RM 15 | RM 5 | Percuma |
Bukan Warganegara |
RM 100 sehari |
Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.
C. Caj Bersalin
i. Warganegara
Jenis | Kelas Dua | Kelas Tiga |
Pembedahan Caesarean | RM 400 | RM 100 |
Bersalin Forcep | RM 200 | RM 50 |
Bersalin Breech | RM 200 | RM 50 |
Bersalin Biasa | RM 150 | RM 10 |
Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.
ii. Bukan Warganegara
Jenis | Fi |
Pembedahan Caesarean | RM 3,021 |
Bersalin Forcep / Breech / Vacuum | RM 2,593 |
Bersalin Kembar | RM 2,593 |
Bersalin Biasa | RM 2,593 |
Caj Bilik Bersalin (BLKB) | RM 300 |
Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x-ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.
D. Caj Klinik Pakar
i. Warganegara
Perhatian : Semua caj yang dikenakan TIDAK TERMASUK caj ujian makmal, x- ray, pembedahan dan bayaran prosedur klinikal yang dijalankan.
ii. Bukan Warganegara
RM 120 (Tidak termasuk ujian, rawatan dan siasatan)
E. Caj Laporan Perubatan
Jenis Laporan | Warganegara | Bukan Warganegara |
Laporan ringkas/pendapat disediakan oleh Pegawai Perubatan | RM 40 | RM 120 |
Laporan ringkas/pendapat disediakan Pakar | RM 80 | RM 240 |
Pendapat lengkap disediakan oleh Pakar | RM 200 – 1000 | RM 400 hingga RM 2,000 bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat itu. |
F. Caj Siasatan
- Rujukan Kerajaan - Tiada bayaran lain dikenakan selain RM 5.00 untuk pendaftaran.
- Rujukan Swasta - Pendaftaran RM 5.00 tidak termasuk lain-lain siasatan, caj siasatan adalah sama dengan harga warga asing kelas satu1
- Warga Asing - Pendaftaran RM 60.00 tidak termasuk lain-lain siasatan, caj siasatan mengikut harga kelas satu.