Unit Pediatrik terdiri dari dua wad iaitu Wad Pediatrik dan SCN (Special Care Nursery). Wad Pediatrik mula beroperasi pada 23 hb November 1996 iaitu setahun selepas Hospital Langkawi dibuka. Manakala SCN pula mula beroperasi pada 27 November 2006.
SCN memberi perkhidmatan rawatan perubatan untuk bayi baru lahir sehingga berumur satu (1) bulan. Manakala Wad Pediatrik pula, memberi perkhidmatan rawatan perubatan untuk bayi dan kanak-kanak berumur satu (1) bulan sehingga dua belas (12) tahun.
Unit ini diketuai oleh seorang pegawai perubatan Gred UD44. Unit ini dibantu oleh dua orang Jururawat U32, dua puluh (20) orang Jururawat U29, lima (5) orang Jururawat U19 serta lima (5) orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Unit ini juga menerima lawatan Pakar kanak-kanak yang datang secara berjadual ke Klinik Pakar pada setiap dua (2) minggu (dua kali sebulan) dan membuat lawatan/memeriksa pesakit di Wad semasa sesi lawatan/klinik.
FUNGSI
- Memberi Perkhidmatan perubatan, Perawatan dan Pendidikan Kesihatan yang cekap, efisien dan berkesan serta memenuhi kehendak pelanggan.
OBJEKTIF KUALITI
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh doktor setiap hari.
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh Doktor Pakar sekurang-kurangnya sekali sepanjang pesakit berada di wad (untuk disiplin ada pakar – ortho dan surgical)
- Semua bayi yang baru dilahirkan diberi susu ibu kecuali bayi/ibu yang ada masalah kesihatan
TUGAS UTAMA
- Menyediakan kemudahan perkhidmatan rawatan kepada bayi dan kanak-kanak.
- Menyampaikan kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit, ibubapa dan penjaga