Unit Obstretrik dan Ginekologi secara umumnya memberi perkhidmatan penjagaan ibu hamil dan rawatan sakit puan bagi penduduk-penduduk Langkawi. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi UD52 dan dibantu oleh 2 orang Pegawai Perubatan UD44, 2 orang Ketua Jururawat U32, 16 orang Jururawat Terlatih U29, 20 orang Jururawat Masyarakat U19, 1 orang Bidan U11 dan 6 Pembantu Perawatan Kesihatan U3.
OBJEKTIF
- Menjalankan Aktiviti Klinik Pakar dan Pembedahan
Hari Aktiviti Masa Ahad Klinik Antenatal 9.00 pagi – 12.15 tengahari Klinik Epau / Tvs 3.00 ptg – 5.00 ptg Isnin Pembedahan 9.00 pagi – 3.00 ptg Selasa Klinik Ginekologi 9.00 pagi – 1.00 ptg Rabu Klinik Antenatal Dan Postnatal 9.00 pagi – 1.00 ptg Klinik Epau / Tvs 3.00 ptg – 5.00 ptg Khamis Pembedahan 9.00 pagi – 3.00 ptg - Memberi rawatan pesakit dalam wad. Ini meliputi pesakit ante-natal, post-natal dan ginekologi yang memerlukan rawatan di dalam wad.
- Penjagaan proses ibu bersalin dan menyambut kelahiran di bilik bersalin.
- Menjalankan pembedahan obstetrik dan ginekologi.
- Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu-ibu.
- Latihan kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan.
- Memberi rawatan kemoterapi kepada pesakit ginekologi dalam kes-kes tertentu.