Unit Teknologi Maklumat beroperasi di Pejabat Pakar Hospital Langkawi. Unit Teknologi Maklumat merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Langkawi, Kedah Darul Aman. Unit Teknologi Maklumat telah ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2010. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 serta seorang Juruteknik Komputer FT17.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada Hospital Langkawi dalam usaha ke arah Hospital IT bagi menambaik sistem pengurusan hospital seterusnya kesihatan orang ramai.
TUGAS UTAMA
- Mengkaji, membangun dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi berdasarkan keperluan semasa bagi meningkatkan produktiviti dan prestasi Hospital Langkawi melalui teknologi terkini.
- Mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT di peringkat hospital.
- Memberi bantuan teknikal dan khidmat sokongan operasi ICT.
- Memastikan penggunaan dan perlaksanaan sistem komputer yang berkesan.
- Memantau dan menyelaras keselamatan data dan rangkaian
- Memberi latihan ICT kepada warga Hospital Langkawi.