Bahagian Pengurusan merupakan salah satu daripada unit utama Hospital Langkawi. Peranan utama Unit Pentadbiran ialah memberi perkhidmatan sokongan yang mantap dan cekap dalam aspek penyelarasan dan perancangan sumber manusia, kewangan, pembangunan, latihan, sistem maklumat termasuk urusan yang berkaitan dengan house keeping kepada bahagian-bahagian lain agar semua objektif bahagian-bahagian berkenaan tercapai.

Adalah menjadi tanggungjawab bahagian ini untuk merancang, melaksana, mengawasi dan menyelaraskan pelaksanaan semua aktiviti di bawah Program Pengurusan yang mempunyai hubungan dengan aspek-aspek pentadbiran, kewangan, kontrak dan bekalan, pembangunan, sumber manusia serta latihan dalam perkhidmatan dan juga sistem ICT jabatan.

Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kecekapan tenaga kerjanya. Oleh itu, bahagian ini memberi keutamaan dan perhatian penting terhadap pengurusan personal dan berusaha menangani apa juga isu dan masalah yang timbul agar tidak terjejas kelicinan jentera pentadbiran jabatan.

Bagi menghargai sumbangan anggota kepada jabatan, bahagian ini bertanggungjawab untuk menyediakan pencalonan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang kepada anggota yang memberi sumbangan cemerlang kepada jabatan.

Mengetuai Bahagian Pengurusan dalam menjayakan segala tanggungjawab yang diamanahkan ialah seorang Penolong Pegawai Tadbir N27, seorang Pembantu Tadbir N22, seorang Pembantu Tadbir (Kew) W22, lima orang Pembantu Tadbir (Kew) W17, enam orang Pembantu Tadbir (P/O) N17, tujuh orang Pegawai Khidmat Pelanggan N17, seorang Pembantu Keselamatan KP17 serta kakitangan sokongan pelbagai gred yang lain.

Hakcipta Terpelihara © 2023 Hospital Sultanah Maliha