Unit Perubatan Hospital Langkawi merangkumi rawatan pesakit luar dan rawatan pesakit dalam. Rawatan pesakit dalam merangkumi kesemua pesakit perubatan di dalam Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kelas 1 & 2 serta Unit Perawatan Rapi (ICU). Bagi rawatan pesakit luar pula, ia merangkumi MOPD, Unit Hemodialisis, Klinik Nefrologi, Klinik Dada , Klinik Retroviral/Infectious Disease dan Klinik Kardiologi. Unit ini diketuai oleh seorang Pakar Perubatan UD47 dan dibantu oleh dua (2) orang Pegawai Perubatan UD44 (Medical Officer) serta dua (2) orang Pegawai Perubatan UD41 (Attachment House Officer) dari Hospital Sultanah Bahiyah.
FUNGSI
- Rawatan Pesakit Dalam (Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kelas 1 & 2 dan ICU)
- Mengenalpasti serta merujuk pesakit yang perlu dirujuk ke pusat rujukan (HSB)
- Memberitahu pesakit mengenai penyakit mereka serta rawatan yang sedang diberikan.
- Merujuk pesakit kronik untuk diberikan kaunseling yang berkenaan.
- Merujuk pesakit untuk program rehabilitasi jika diperlukan.
- Pakar perubatan akan memberikan pembelajaran di sisi katil pesakit kepada pegawai perubatan, paramedik dan jururawat.
- Bagi Rawatan Pesakit Luar (MOPD), Unit Hemodialisis, Klinik Nefrologi, Klinik Dada, Klinik Retroviral / Infectious Disease.
- Menerima kes-kes rujukan baru dari Jabatan Kecemasan, Poliklinik Kesihatan, hospital-hospital lain serta pusat perubatan swasta bagi dirujuk dan diberikan rawatan susulan oleh pakar perubatan.
- Memberikan rawatan susulan terhadap pesakit yang telah sedia ada mengikut tarikh temujanji yang telah diberikan dan terhadap pesakit yang didiscaj dari wad.
- Merujuk pesakit luar yang berkenaan kepada pusat-pusat rujukan tertentu.
- Memasukkan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang aktif ke dalam wad bagi mendapatkan rawatan.
- Rondaan wad setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti am) oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan untuk merawat pesakit perubatan dan pesakit dari unit lain.