Unit Hemodialisis Hospital Langkawi merupakan pusat rawatan Hemodialis yang pertama dan satu-satunya yang beroperasi di Pulau Bandaraya Pelancongan ini. Unit ini memberi rawatan dialisis kepada pesakit dan juga kepada pelancong dari dalam dan luar negara selaras dengan status pulau pelancongan yang terkenal di peta dunia.

Unit Haemodialisis Hospital Langkawi memberikan perkhidmatan Day Care kepada pesakit yang memerlukan rawatan dialysis iaitu sekali rawatan adalah selama empat jam. Tiga sesi rawatan dijalankan setiap hari dari jam 7.00 hingga 9.00 malam. Ianya terletak di penjuru hujung Hospital Langkawi, ke arah Timur dari pintu pakar masuk hospital, bersebelahan dengan Pejabat Khidmat Sokongan Hospital (HSS-Faber Medi Serve).

Unit ini beroperasi dari tahun 2002. Pada tahun 2007, penambahan bangunan telah dibuat dengan sambungan yang sedia ada untuk kawasan rawatan dialisis seluas 71.82 meter persegi iaitu di belakang unit sekarang dimana dapat menampung mesin sebanyak 6 buah dan beroperasi awal tahun 2008. Sehingga 2010, unit ini beroperasi dengan jumlah 13 buah mesin dan dapat memberi perkhidmatan kepada 50 pesakit(pelanggan) semasa yang disebut sebagai Centre Patient HD.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan rawatan buah pinggang kepada pesakit-pesakit di sekitar Pulau Langkawi mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
  • Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Unit Dialysis lain atau Pusat Rawatan Swasta.
  • Memberi rawatan Hemodialisis serta melakukan Pre Renal Transplan Preparation sebagai langkah awal untuk persediaan Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur.
  • Memberi perkhidmatan rawatan Acute Haemodialisis kepada kes-kes kecemasan dari wad-wad Hospital Langkawi sepertimana yang dipohon oleh doktor wad.
  • Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dialysis yang datang melancong atau mengadakan kursus di Langkawi.

TUGAS UTAMA

  • Melaksanakan prosidur harian dialysis yang berjadual terhadap pengidap ESRF/ yang telah didaftarkan.(Centre Pt”s HD)
  • Menjalankan dialysis kepada pesakit dalam (wad) atau acute case sepertimana yang dipohon oleh doktor.
  • Menerima dan memberi perkhidmatan kepada Pesakit ESRF yang memohon untuk HD semasa mereka datang melancong atau berkursus di Langkawi .
Hakcipta Terpelihara © 2023 Hospital Sultanah Maliha