Unit Rekod Perubatan Hospital Langkawi merupakan salah satu unit dibawah perkhidmatan sokongan bukan klinikal. Ia merangkumi aktiviti pengurusan rekod perubatan, pengeluaran maklumat pesakit, pengurusan laporan perubatan dan post mortem, pengurusan perangkaan hospital dan aspek lain yang berkaitan dengan fungsi unit ini sebagai pengurus maklumat hospital. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32 dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N22, 3 orang Pembantu Tadbir N17 (P/O) dan seorang Pembantu Am Pejabat N1.
FUNGSI
- Menyedia dan menguruskan sistem maklumat pesakit mengikut kehendak pengurusan perubatan yang diperlukan.
- Memberikan perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat yang cekap, cepat dan tepat supaya hospital dapat meyediakan rawatan yang berkesan kepada pesakit.
- Memastikan setiap permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan dapat dilayan sebaik mungkin dan seberapa daya bagi memastikan ianya dapat disiapkan dalam satu jangkamasa yang munasabah.
TUGAS UTAMA
- Bahagian Perangkaan
Bertanggungjawab dalam menyediakan dan membangunkan sistem daftar indeks pesakit, penyakit dan prosidur perubatan dan statistik perubatan untuk kegunaan perkhidmatan dan lain-lainnya.
- Bahagian Perundangan Perubatan
Menerima dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, organisasi dan institusi awam dan swasta yang memerlukan maklumat rekod perubatan untuk tujuan perkhidmatan atau perundangan.
- Bahagian Pengurusan Perubatan
Menerima, menyimpan dan menguruskan sistem maklumat pesakit mengikut pengurusan rekod pesakit yang diperakukan.
- Bahagian Pentadbiran Unit Rekod Perubatan
Bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan unit ini agar berjalan lancar dan sistematik demi kejayaan keseluruhan organisasi. Ini termasuklah dalam pengendalian sistem pentadbiran, surat-menyurat dan perhubungan dengan unit-unit lain di hospital ini mahupun agensi-agensi luar.