Perkhidmatan Patologi dan Transfusi merupakan unit sokongan yang menyediakan perkhidmatan makmal bagi membantu Pakar serta Pegawai Perubatan dalam penyiasatan penyakit (mendiagnosis sesuatu perkembangan penyakit) bagi menentukan rawatan yang terbaik untuk setiap pesakit. Unit ini juga dilengkapi dengan peralatan-peralatan makmal yang terkini serta lengkap untuk membantu dalam ujian diagnosis penyakit. Unit ini terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu:
- Patologi Kimia
- Mikrobiologi dan Serologi
- Hematologi
- Tabung Darah
Perkhidmatan unit ini beroperasi selama 24 jam pada waktu pejabat dan tinggal atas panggilan untuk kes-kes kecemasan yang dikendalikan oleh 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan
OBJEKTIF
- Memastikan semua spesimen yang memenuhi kriteria akan dianalisa dan keputusan ujian dikeluarkan mengikut prosidur yang ditetapkan.
- Memastikan stok darah mencukupi untuk keperluan semasa dan semua darah yang dibekalkan telah disaring dan bebas dari sebarang penyakit