Unit Ortopedik diketuai oleh oleh seorang Pakar Perubatan Ortopedik UD54 dengan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan UD44, dua orang Pegawai Perubatan Siswazah UD41, Penolong Pegawai Perubatan U32, Penolong Pegawai Perubatan U29 dan Jururawat Terlatih U29 dalam kerja-kerja pengurusan dan klinikal. Dalam menjalankan kerja-kerja klinikal, Pakar Ortopedik juga dibantu oleh Pegawai Perubatan Siswazah UD41 yang dihantar secara bergilir-gilir ke Hospital Langkawi.

FUNGSI

  • Rawatan Harian Pesakit (Daycare)
    Dilakukan untuk kes-kes suntikan Intra artikular dan juga untuk kes-kes pembedahan kecil Ortopedik.

  • Rawatan Pesakit Luar
    Sesi klinik dijalankan pada setiap hari Khamis oleh Pakar Ortopedik dengan dibantu oleh Pegawai Perubatan Ortopedik dan juga Pegawai Perubatan Siswazah

  • Rawatan Pesakit Dalam
    Pesakit-pesakit yang dimasukkan ke dalam wad akan dirawat oleh Pakar dan dibantu oleh Pegawai Perubatan Ortopedik serta Pegawai Perubatan Siswazah dengan dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat setiap hari atau pada hari-hari klinik. Prosidur-prosidur kecil seperti dressing, Skin Traction, Lumber Traction, Cervical (Halter) Traction, Application of POP, Off POP, Off K-Wire, Off External Fixator, Application of Body Jacket dan lain-lain akan dilakukan di Bilik Prosidur (POP Room) di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

  • Prosidur
    Prosidur-prosidur pada hari klinik (hari Khamis) seperti dressing, Skin Traction, Lumber Traction, Cervical (Halter) Traction, Application of POP, Off POP, Off K-Wire, Off External Fixator, Application of Body Jacket dan lain-lain juga akan dilakukan di Bilik Prosedur (POP Room) di Jabatan Kecemasan dan Trauma oleh Penolong Pegawai Perubatan dengan bagi kes-kes tertentu akan diselia oleh Pegawai Perubatan Pelatih, Pegawai Perubatan dan juga Pakar Ortopedik dalam kes-kes tertentu.

  • Pembedahan
    Pembedahan, bagi kes-kes pilihan (elective) akan dijalankan pada hari Rabu, dan bagi kes-kes kecemasan akan dijalankan pada bila-bila masa yang perlu.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Hospital Sultanah Maliha