Hospital Langkawi adalah sebuah hospital yang bertaraf hospital berpakar. Terdapat lima orang pakar ditempatkan di Hospital Langkawi, iaitu Pakar Pembedahan Am, Pakar Perubatan Am, Pakar Bius, Pakar Ortopedik dan Pakar O&G. Bagi kepakaran disiplin lain adalah terdiri dari Pakar Pelawat dari Hospital Alor Star atau Pulau Pinang yang menjalankan klinik mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya sekali sebulan seperti Pakar Oftalmologi, Pakar Kulit, Pakar Psikiatrik dan Pakar Kanak-kanak.
Klinik Pakar dibuka pada setiap hari bagi sesi klinik, kecuali hari cuti minggu dan cuti am. Pakar dan Pegawai Perubatan Hospital Langkawi mempunyai jadual klinik mereka masing-masing.
Klinik Pakar terletak di aras bawah bangunan hospital berdekatan dengan pintu masuk utama. Ianya mula beroperasi di bangunan hospital baru pada 22 November 1995. Klinik Pakar telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan yang pesat dengan penambahan peralatan dan kakitangan profesional dari setahun ke setahun sejajar dengan perkembangan dan kemajuan Pulau Langkawi. Ianya dapat dilihat dari segi peningkatan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar dari semasa ke semasa.
OBJEKTIF
- Mewujudkan sistem pengurusan pesakit yang seragam dan teratur seiring dengan hasrat Pengurusan Hospital Langkawi dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya.
- Memastikan setiap pesakit yang dirujuk ke Klinik Pakar, mendapatkan rawatan dan layanan yang memuaskan.
- Memberi rawatan susulan atau merujuk ke hospital rujukan bagi pesakit-pesakit yang mempunyai masalah yang kompleks.
- Menerapkan nilai-nilai murni budaya korporat kepada kakitangan dan mewujudkan suasana persekitaran yang ceria untuk kakitangan dan pesakit, demi mencapai objektif perkhidmatan yang berkualiti.
FUNGSI
- Klinik Perubatan Am
- Dikendalikan oleh Pakar Perubatan dari Hospital Langkawi kecuali ia bercuti atau berkursus, tugasnya akan diambil alih samada dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Hospital Pulau Pinang, Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Klinik ini dijalankan pada setiap hari Isnin dan Rabu, kecuali hari cuti.
- Klinik Pembedahan Am
- Dijalankan oleh Pakar Bedah Am dari Hospital Langkawi setiap hari Isnin termasuk pemeriksaan Scan dan Endoscopy dan lain-lain pembedahan kecil.
- Klinik Perubatan Kanak-kanak (Pediatrik)
- Dijalankan setiap hari Rabu oleh Pegawai Perubatan dan dijalankan oleh Pakar Perubatan Kanak-kanak dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Putrajaya dua kali sebulan.
- Klinik Perbidanan (Obstetrik – Antenatal)
- Dijalankan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Hospital Langkawi setiap hari Ahad dan Rabu.
- Klinik Sakit Puan (Ginekologi)
- Dijalankan oleh Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan dari Hospital Langkawi setiap hari Selasa.
- Klinik Ortopedik
- Dijalankan oleh Pakar Ortopedik Pelawat setiap hari Khamis.
- Klinik Perubatan Jiwa (Psikiatrik)
- Dijalankan oleh Pakar Psikiatrik dari Hospital Alor Star sebulan sekali, termasuk kaunseling dan lawatan ke rumah pesakit oleh Penjawat Awam Klinik Pakar apabila diperlukan.
- Klinik Oftalmologi (mata)
- Dijalankan oleh Pegawai Perubatan Oftalmologi setiap hari Selasa minggu ketiga, oleh Pakar Oftalmologi dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada hari Selasa hingga Khamis minggu kedua atau ketiga setiap enam minggu (hari pertama dan ketiga klinik dan review kes-kes, dan hari kedua hari pembedahan ).
- Unit Optometri menyediakan perkhidmatan:-
- Primary Care Clinic
- Paeds Optometris Clinic.
- Optoptic Clinic.
- Contact Lens Clinic dan
- Diabetic Retinopathy Screening Clinic.
Seorang Pegawai Optometri ditempatkan di Unit Optometris Hospital Langkawi. - Klinik Otorinilaringologi (ENT)
- Dijalankan oleh Pegawai Perubatan ORL Hospital Langkawi setiap hari Isnin, oleh Pakar ORL dari Hospital Alor Setar dari Isnin hingga Selasa minggu ketiga setiap bulan (hari pertama hari pembedahan dan hari kedua, hari klinik (review).
- Klinik Respiratori (Perubatan Dada)
- Dijalankan oleh Pegawai Perubatan Hospital Langkawi setiap hari Selasa dan oleh Pakar Perubatan Dada dari Hospital Alor Star setiap tiga bulan.
- Klinik Nefrologi
- Dijalankan oleh Pakar Nefrologi dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar setiap tiga bulan sekali. Klinik ini merawat kes-kes pesakit Hemodilisis dan kes-kes yang dirujuk oleh Klinik Perubatan Am (MOPD)
- Klinik Sihat
- Dijalankan setiap hari Selasa petang 2 minggu sekali untuk semua
- Kakitangan Hospital Langkawi yang berisiko dan berumur lebih 40 tahun ke atas
- Pemeriksaan Mata oleh Pegawai Optometris
- seperti pemeriksaan Vision Test, pemeriksaan A Scan, pemeriksaan refraktori
- Ujian Stress Test
- Dijalankan oleh Penolong Pegawai Perubatan dengan diselia oleh Pegawai Perubatan pada hari Selasa petang.
- Ujian-ujian Makmal
- Spesimen darah, air kencing dan lain-lain diambil di makmal Klinik Pakar untuk kemudahan pesakit.
- Ujian Ultra Sound
- Dilakukan oleh Pakar O&G dan Pegawai Perubatan untuk kes-kes yang dirujuk.
- Ujian pendengaran (Audiologi)
- Dilakukan oleh Pegawai Audiologi pelawat semasa lawatan Pakar ORL (ENT) ke Hospital Langkawi.
- Perkhidmatan kaunseling (Pemakanan)
- Dilakukan di klinik pakar seminggu 3 kali iaitu setiap hari Ahad, Isnin dan Rabu. Ianya dikelolakan oleh Pegawai Zat Makanan Hospital Langkawi.