Pengurusan Kejururawatan Hospital Langkawi diketuai oleh Penyelia Jururawat mulai bulan April tahun 2008, di mana seorang Penyelia Jururawat U36 telah ditempatkan di Hospital Langkawi. Pada tahun 2010, perjawatan Penyelia Jururawat telah ditambahkan kepada 2 orang. Fungsi utama Pengurusan Kejururawatan ialah menjalankan penyeliaan dan pemantauan keatas anggota Kejururawatan secara keseluruhan dalam menyampaikan perkhidmatan perawatan yang berkualiti di Hospital Langkawi.

FUNGSI

  • Memastikan keselamatan pesakit di bawah rawatan.
  • Memastikan agihan anggota jururawat yang cukup dalam menyampaikan perkhidmatan.
  • Memastikan kawalan jangkitan diamalkan keseluruhannya pada setiap masa.
  • Memastikan peralatan perubatan untuk perawatan mencukupi dan berfungsi dengan baik.
  • Memberi dan melaksanakan rawatan dengan berkesan mengikut garis panduan.
  • Menjalankan kajian berkaitan perkhidmatan yang disampaikan untuk peningkatan dan penambahbaikan yang perlu.
  • Menyediakan maklumat, data dan laporan berkala yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri serta Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Memberi latihan dan tunjukajar yang berterusan kepada pelatih dan anggota baru kejururawatan.

TUGAS UTAMA

  • Memantau dan menyelia perkhidmatan rawatan penjagaan pesakit dalam dan luar.
  • Pengurusan penempatan/pertukaran jururawat.
  • Memastikan sebarang informasi penting dan berkaitan dengan kejururawatan dapat disampaikan kepada semua kategori Jururawat.
  • Permohonan Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan bagi semua kategori jururawat.
  • Menguruskan aduan awam berkaitan dengan anggota jururawat jika berkaitan.
  • Merancang latihan, kursus dan bengkel untuk jururawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan berterusan.
  • Mengemaskini maklumat peribadi anggota jururawat dibawah jagaan dari masa kesemasa mengikut keperluan.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Hospital Sultanah Maliha