Dr. Akmal Naziah Binti Dato' Hj. Ahmad
Pengarah Hospital Sultanah Maliha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Hospital Sultanah Maliha. Saya berharap portal ini mampu menjadi satu wadah memudahkan orang ramai berurusan dengan Hospital Sultanah Maliha.

Syukur Kehadrat Ilahi, dengan limpah dan rahmat dari-Nya akhirnya Portal Rasmi Hospital Sultanah Maliha ini telah dapat disiapkan dan boleh diakses oleh masyarakat dari dalam ataupun di luar Negara. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada mereka yang dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan dan menyediakan portal ini, begitu juga penghargaan saya kepada warga kerja Hospital Sultanah Maliha yang turut menjayakan portal rasmi Hospital Sultanah Maliha ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Objektif utama penubuhan portal rasmi ini adalah menyahut seruan kerajaan dalam menjadikan masyarakat Malaysia hari ini yang lebih celik ICT di samping memenuhi hasrat kerajaan untuk bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain dalam perlaksanaan electronic government atau e-government pada masa kini. Inilah matlamat kami untuk menjadikan portal ini sebagai satu majalah maya yang penuh dengan informasi dan maklumat terkini mengenai hospital ini.

Bersesuaian dengan status Pulau Langkawi yang bertaraf Bandaraya Perlancongan Antarabangsa, pelbagai kursus dan latihan telah diberikan kepada warga kerja Hospital Sultanah Maliha bagi memastikan komunikasi dan interaksi yang berkesan di antara warga kerja dan pesakit sebagai melambangkan identiti masyarakat Malaysia yang tinggi dengan nilai budaya dan adat resam ketimuran.

Diharap dengan terbinanya portal rasmi ini sedikit sebanyak akan memudahkan orang ramai memperolehi maklumat dan informasi yang diperlukan mengenai hospital untuk dijadikan panduan sebagai manfaat bersama. Saya juga berharap mendapat pandangan dan maklumbalas dari pengunjung yang berkunjung di portal rasmi ini agar mutu perkhidmatan Hospital Sultanah Maliha dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Manfaatkanlah segala kemudahan yang telah disediakan di dalam portal rasmi Hospital Sultanah Maliha dengan sebaik yang mungkin.

Sekian dahulu dari saya, selamat melayari Portal Rasmi Hospital Sultanah Maliha.

"Mulakan Ucapan Salam Ikuti Dengan Senyuman"
"Profesionalisma, Penyayang dan Kerja berpasukan adalah Budaya Korporat Kita"

Salam hormat,
Y. Brs. Dr. Akmal Naziah Binti Dato'Hj. Ahmad
Pengarah Hospital Sultanah Maliha

Hakcipta Terpelihara © 2023 Hospital Sultanah Maliha