Hospital Sik, Jalan Hospital, 08200 Sik, Kedah 04-469 5333 hsik@moh.gov.my
120965123-4448293095240697-5443617325464162266-n.jpg
TENTANG KAMI

Tentang Kami

Hospital Sik mula beroperasi pada 12 Ogos 1985 dengan kos pembinaan RM11.8 juta dan keluasan 24 ekar. Merupakan hospital tanpa pakar dan mempunyai  119  katil rasmi  dan  93 katil yang beroperasi. Hospital Sik telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu BillahiMuhibbudin Tuanku Ajhaj Abdul Halim Mu’azam Shah Ibni AlmarhumSultan Badlishah  pada  12.8.1986.

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan klinikal iaitu Jabatan Pesakit Luar, Unit Kecemasan & Trauma, Wad-wad,Unit Hemodialisis, Klinik Pakar dan Pesakit Dalam. Terdapat empat wad multidisiplin iaitu Wad Bersalin, Wad Kanak-kanak, Wad Lelaki dan Wad Perempuan.

 

Perkhidmatan sokongan klinikal  adalah terdiri dari Unit Farmasi & Stor Perubatan, Unit Patologi, Unit Phisioterapi, Unit Jurupulih Cara Kerja dan Unit Pengimejan  Diagnostik.

 

Perkhidmatan sokongan bukan klinikal terdiri dari Unit Sajian, Unit Rekod Perubatan dan Unit Pengurusan.Perkhidmatan tambahan pula adalah Kawalan Keselamatan Syarikat ROSCOM dan Syarikat Konsesi Edgenta.