Panduan Kepada Pelawat
- Pastikan anda mematuhi masa lawatan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Hospital;
- Pastikan waris/pelawat meletak kenderaan pada tempat letak kenderaan yang telah disediakan untuk pelawat. Anda dilarang sama sekali meletak kenderaan pada laluan ambulans agar tidak menggangu tika terjadinya kecemasan;
- Dilarang merokok di dalam kawasan hospital;
- Anda tidak digalakkan membawa anak-anak kecil bagi mengelakkan jangkitan;
- Tidak membuat bising ketika di dalam wad;
- Tidak dibenarkan makan/minum di dalam wad;
- Tidak mengganggu pesakit-pesakit lain;
- Memantau/mengawal pergerakan anak-anak kecil agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini;
- Tidak merosakkan kemudahan awam yang disediakan di Hospital Sik dan
- Sentiasa mematuhi arahan Pengawal Keselamatan Hospital Sik.