Sebagai pesakit anda layak untuk:
- Mendapatkan rawatan yang saksama
- Dilayan dengan penuh kehormatan dan maruah
- Mengenali pengamal perubatan yang terlibat di dalam perawatan serta jawatannya
- Mendapatkan rawatan yang bertepatan dengan masalah kesihatan yang dialami
- Mendapatkan maklumat yang tepat mengenai status kesihatan, perancangan rawatan dan ubatan sebelum memberi kebenaran untuk rawatan
- Diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan mengenai masalah kesihatan yang dialami
- Mendapatkan rawatan berterusan melalui komunikasi yang tepat dengan pengamal perubatan
- Mendapatkan pengurusan komplikasi yang sesuai dan tepat
- Menerima rawatan di dalam persekitaran yang selamat dan selesa
- Menolak rawatan yang disarankan
- Mendapatkan nasihat/pendapat daripada pihak kedua
- Kerahsiaan maklulmat perubatan dan mendapatkan laporan perubatan jika perlu
- Mendapatkan maklumat dan berhak untuk menolak dari mengambil bahagian dalam kajian perubatan
- Mendapatkan maklumat mengenai polisi dan prosedur pendermaan organ dan kebebasan dalam membuat keputusan mengenainya
- Menyuarakan ketidak puasan hati melalui saluran dan kaedah yang sesuai
- Mendapatkan maklumat terperinci bagi bil bayaran hospital
Bagi memastikan perawatan yang selamat dan berkesan, pesakit dan ahli keluarga dikehendaki untuk:
- Memberi maklumat yang tepat mengenai sejarah kesihatan semasa dan terdahulu termasuk ubatan dan sejarah alahan
- Memberi maklumat peribadi yang tepat dan terkini
- Mematuhi perancangan rawatan, nasihat pemakanan dan arahan spesifik yang lain serta nasihat rawatan lanjut
- Bekerjasama dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan di mana perlu
- Meminta bantuan sekiranya berisiko untuk jatuh
- Memaklumkan kepada petugas di wad sekiranya keluar dari wad untuk berada di sekitar premis hospital selepas pesakit dimasukkan ke wad.
- Menghormati dan bertimbang rasa dengan pesakit lain dan ahli keluarga mereka
- Menghormati dan bertimbang rasa dengan kakitangan hospital dan harta kerajaan
- Mematuhi polisi hospital berkenaan dengan masa melawat, kebersihan tangan, tidak merokok, hospital rakan bayi dan kemudahan pesakit.
- Mematuhi tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan serta maklum pada kakitangan hospital jika tidak dapat hadir
- Tidak membawa barangan berharga semasa tinggal di hospital.
- Meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat
- Melunaskan bil hospital
- Menyuarakan aduan melalui prosedur yang ada atau terus kepada kakitangan terlibat agar tindakan sewajarnya dapat diambil
|