Unit Sumber Manusia


Pengenalan
Merupakan teraju bagi menguruskan perjawatan dan perkhidmatan pegawai dan kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). USM bertanggungjawab menguruskan urusan perjawatan dan perkhidmatan (servis) kakitangan melibatkan urusan pelantikan hingga persaraan atau meninggalkan perkhidmatan awam. USM juga bertanggungjawab menguruskan urusan latihan, HRMIS dan Tatatertib.


Objektif
Menyediakan perkhidmatan sumber manusia yang cekap dan berkesan.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Mengemaskini pertukaran keluar masuk kakitangan HSAH mengikut butiran perjawatan secara bulanan serta mengemaskini HRMIS (Human Resource Information System)
  • Mengendali kes tatakelakuan kakitangan yang bermasalah dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil ke atas kakitangan yang telah melakukan pelanggaran.
  • Mengurus permohonan latihan dalam perkhidmatan (LDP) kakitangan HSAH serta permohonan latihan dari Institut Pengajian
  • Mengurus permohonan latihan dalam perkhidmatan (LDP) kakitangan HSAH serta permohonan latihan dari Institut Pengajian.
  • Mengurus data rekod peribadi kakitangan dan urusan perkhidmatan ke dalam sistem HRMIS.