Unit Psikologi dan Kaunseling


Pengenalan
Merupakan unit sokongan di bawah pentadbiran pengurusan. Unit ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan kaunseling, merancang, melaksana dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi dan kaunseling kepada kakitangan hospital selaras dengan keperluan dan objektif perkhidmatan yang ditawarkan. Ia terletak di Aras 3 dan berhampiran Klinik Sejahtera.


Objektif
Meningkatkan tahap kesejahteraan kesihatan mental dan emosi kakitangan hospital yang memerlukan melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang diberikan.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menjalankan intervensi psikologi kaunseling (Individu, kelompok, keluarga, perkahwinan dan kerjaya).
  • Memberi bimbingan/ konsultansi kepada kakitangan hospital yang memerlukan.
  • Mengadakan program pembangunan personal kepada staf hospital
  • Menjalankan ujian psikologi kepada staf hospital berdasarkan permintaan dan keperluan.
  • Mengadakan program psikopendidikan mengikut permintaan dan keperluan