Pengenalan
Unit ini mengendalikan perancangan pembangunan yang turut meliputi aspek kemudahan serta infrastruktur agar perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai ekspektasi masyarakat. Selain itu, unit ini turut bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal perolehan bersandarkan perancangan yang cekap dan berintegriti.
Objektif
- Merancang proses pembangunan serta menyelaraskan projek-projek pembangunan di Hospital Sultan Abdul Halim agar tahap keselesaan dan suasana kondusif dapat direalisasikan bagi pelanggan dalaman dan masyarakat;
- Memastikan dasar perolehan di Hospital Sultan Abdul Halim adalah selari dengan dasar kerajaan dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan kelas pertama kepada masyakarat dan disokong dengan perkembangan teknologi maklumat; dan
- Menyelia semua proses perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja agar diuruskan dengan telus, amanah dan berintegriti berlandaskan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Menguruskan penyediaan spesifikasi, pelantikan Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Pelantikan Jawatankuasa Penilaian Harga dan Mesyuarat Pemilihan Sebut Harga bagi tujuan pembelian terus dan sebut harga serta mengeluarkan Surat Setuju Terima bagi urusan perolehan.
- Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau projek-projek pembangunan di Hospital Sultan Abdul Halim serta bertanggungjawab untuk memastikan perbelanjaan melalui peruntukan pembangunan tahunan (BP00600 & P42) dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.