Unit Pentadbiran & Aset


Pengenalan
Unit Pentadbiran dan Aset merupakan gabungan empat unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Aset, Unit Perpustakaan dan Unit Hal Ehwal Islam. Di bawah Unit Pentadbiran pula terdapat beberapa sub-unit iaitu Pentadbiran Am, Komunikasi Korporat, Stor Alat Tulis dan Kompleks Pegawai Atas Panggilan dan Kenderaan.

Objektif
Memastikan pengurusan di Unit Pentadbiran dan Aset lebih produktif, dinamik dan komprehensif supaya setiap output yang diberi dapat memenuhi kehendak pelanggan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.


Unit Pentadbiran
Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Menjadi urusetia kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital
  • Mengurus bekalan pakaian seragam kepada kakitangan beruniform.
  • Mengurus bekalan pakaian seragam kepada kakitangan beruniform.
  • Penyewaan ruang hospital dan perjanjian premis demis (ruang pejabat, kafeteria, ATM, kiosk, vending machine, taska dan tapak telekomunikasi).
  • Mengurus permohonan kenderaan baru pegawai yang dilantik ke JUSA, kelulusan minyak, kad inden minyak, kad touch n’ go dan smart tag.
  • Mengurus permohonan/ penggantian telefon bimbit bagi pegawai yang berkelayakan
  • Mengurus perkhidmatan penghantaran/penerimaan surat menyurat, tempahan bilik mesyuarat, pengurusan fail-fail am dan fail terperingkat jabatan dan proses membuat pelupusan.
  • Mengurus permohonan masuk/keluar kuarters hospital dan mengurus permohonan lawatan kakitangan ke luar negara.
  • Pengurusan kad inden minyak & Touch & Go. Mengurus kad perakam waktu jabatan dan laporan yang berkaitan
  • Mengurus aduan pelanggan dan memastikan semua aduan yang diterima direkodkan ke dalam Buku Daftar Aduan dan SISPAA dengan memberi maklum balas awal kepada pelanggan.
  • Menyelaraskan aktiviti hospital seperti aktiviti lawatan kenamaan, lawatan sambil belajar dari jabatan kerajaan dan agensi swasta, aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) dan sumbangan perayaan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik.
  • Mengurus panggilan telefon keluar masuk dan membuat penyambungan kepada unit berkenaan.
  • Mengurus persiapan aduan penyiasatan bebas
  • Memberi maklum balas secara terus (bersemuka) kepada setiap pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di kaunter khidmat pelanggan.
  • Menyediakan laporan aduan dan penghargaan setiap suku tahun ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
  • Mengurus aduan pelanggan dan memastikan semua aduan yang diterima direkodkan ke dalam Buku Daftar Aduan dan SISPAA dengan memberi maklum balas awal kepada pelanggan.

Stor Alatulis dan On-call
  • Mengurus bekalan alat tulis pejabat.
  • Perkhidmatan fotokopi dan risograph.
  • Mengurus Kompleks Pegawai Atas Panggilan (Bilik On-call) bagi Pegawai Perubatan bertugas.
  • Mengurus bilik sembahyang di hospital dengan membuat pertukaran kain-kain sejadah dan telekung mengikut jadual yang ditetapkan.

Unit Perpustakaan
  • Memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku (sekulation), penggunaan komputer, kemudahan melayari internet, suratkhabar, journal, majalah dan bilik perbincangan.

Unit Pengurusan Aset
  • Menguruskan pelantikan dan pencalonan Penolong Pegawai Aset, Pegawai Stor, Pegawai Penerima Aset, Pegawai Penerima Stok, Pegawai Pemeriksa Aset, Pegawai Pemeriksa Stok dan Pegawai Pemverifikasi Stor.
  • Menyelaras dan menguruskan proses Testing & Commissioning perolehan peralatan/aset baru
  • Menyediakan borang SNF V3, V4, V5, V6, V7, V9 kepada pihak konsesi bagi urusan pendaftaran, penyelenggaraan
  • Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penyimpanan dan pemeriksaan aset.
  • Menganjurkan dan menguruskan kursus berkaitan pengurusan aset alih dan pemeriksaan aset dan stor kepada semua pegawai yang terlibat dalam pengurusan aset dan stor.
  • Menyediakan laporan-laporan aset (Harta Modal & Inventori, Pemeriksaan Harta Modal & Inventori, Pelupusan Aset Alih Kerajaan & Tindakan Surcaj/ tatatertib atas kehilangan aset kerajaan.
  • Menguruskan pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset serta sumbangan hadiah aset kepada Jabatan.
  • Mengemaskini dan menyediakan Kew PA7 bagi setiap lokasi yang mempunyai aset alih mengikut keperluan.
  • Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Mesyuarat Bersama Penolong Pegawai Aset dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerosakan Aset peringkat jabatan.