Unit Kewangan & Hasil


Pengenalan
Unit Kewangan dan Hasil merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam pengurusan kewangan dan hasil Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Unit ini berfungsi di dalam menguruskan belanjawan hospital, waran peruntukan, pesanan kerajaan, pembayaran bil dan tuntutan, pengurusan gaji, pungutan hasil dan terimaan bukan hasil di hospital mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.


Objektif Unit Kewangan

  • Memastikan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan urusan penyediaan baucar bayaran untuk semua perbelanjaan diproses tidak melebihi 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Memastikan semua perolehan HSAH diuruskan dengan cekap, telus dan saksama mengikut peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan urusan yang melibatkan gaji, elaun dan tuntutan pegawai HSAH diproses dengan adil, cekap dan tepat pada masa yang ditetapkan.

Objektif Unit Hasil

  • Menyelenggara sistem perakaunan kutipan hasil yang teratur mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan semua penyata perakaunan hasil, laporan hasil dan laporan amanah dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negeri Kedah mengikut masa yang ditetapkan.
  • Memberi perkhidmatan kaunter yang berkualiti dan memenuhi Piagam Pelanggan.
  • Meningkatkan kutipan hasil tahunan hospital, mengurangkan tunggakan, memberi pengecualian bil serta memproses hapuskira bil yang mempunyai tunggakan.