Pengenalan
Unit Penyeliaan terletak di Aras 2 bersebelahan Lobi Utama Hospital Sultan Abdul Halim. Unit Penyeliaan adalah satu unit yang mengurus dan menjaga kepentingan profesion dan kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini memainkan peranan penting dalam pengagihan dan penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di semua jabatan di hospital ini mengikut perjawatan yang diluluskan.
Unit Penyeliaan juga sentiasa melakukan pemantauan dan mengenal pasti keperluan Penolong Pegawai Perubatan serta Pembantu Perawatan Kesihatan di setiap jabatan atau unit. Unit Penyeliaan juga sentiasa melakukan pemantauan klinikal berkala dan memastikan kod etika dipatuhi oleh semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Sentiasa bekerjasama dengan jabatan/unit yang berkaitan di Hospital Sultan Abdul Halim secara professional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan.
- Membuat penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan bagi kemasukan baru ke hospital ini mengikut perjawatan yang telah diluluskan.
- Memantau dan memberi latihan kepada Program Penempatan Wajib (PPW).
- Liaison Officer Facility Engineering and Maintenance Services (FEMS) dan Clinical Waste Management Services (CWMS) kepada perkhidmatan sokongan hospital.
- Memastikan perkhidmatan PORTER berfungsi dengan baik dan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
- Sentiasa memantau kaunter pendaftaran Klinik Pakar dan kerusi roda agar perkhidmatan berfungsi dengan baik.