Unit Pendidikan Kesihatan


Pengenalan
Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) adalah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan bukan klinikal. Berfungsi untuk menggalakkan masyarakat untuk menghargai kesihatan mereka sebagai satu aset yang bernilai melalui aktiviti promosi kesihatan yang dijalankan. Unit ini menyelaras, melaksana dan turut membantu jabatan atau unit lain melakukan aktiviti promosi kesihatan kepada warga kerja hospital dan pelawat dari semasa ke semasa.

Secara amnya, unit ini menjadi pelengkap untuk membantu mendidik pesakit, keluarga serta orang awam bagi memahami masalah kesihatan dan meningkatkan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit secara umum.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Klinik Berhenti Merokok kepada pesakit dalam dan kakitangan hospital.
  • Menerbit dan mengedar media pendidikan pesakit.
  • Menjalankan aktiviti promosi kesihatan termasuk sambutan hari khas.
  • Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes, Darah Tinggi dan Renal.
  • Peminjaman bahan dan kelengkapan pameran kepada kakitangan.
  • Pengendalian auditorium dan dewan seminar.
  • Pusat latihan pendidikan kepada kakitangan hospital termasuk mengadakan program, kursus, taklimat dan bengkel.