Unit Pemulihan Carakerja


Pengenalan
Unit Pemulihan Carakerja diletakkan di bawah Jabatan Rehabilitasi, terletak di Aras dua (2) bangunan kompleks hospital dan berkongsi aras dengan Jabatan Pengimejan Diagnostik, Klinik Pakar Pediatrik, Klinik Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, PAC dan Dewan Bersalin, Farmasi Klinik Pakar, Unit Fisioterapi, Neonatal Intensive Care Unit (NICU), Bilik Daftar Masuk Wad, Unit Hasil, Unit Kebajikan Sosial Perubatan dan Lobi Utama Hospital.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Pemulihan Ortopedik (membekalkan static splint/dynamic splint mengikut preskripsi dan latihan kefungsian tangan dan anggota atas).
  • Pemulihan Pediatrik (merangkumi kes-kes medikal dan kes-kes Child Psychiatry, juga melakukan lawatan ke sekolah-sekolah pendidikan khas).
  • Pemulihan Strok dan Kes Medikal (merangkumi rawatan awal pemulihan strok, kelas penjagaan pesakit strok/medikal untuk pesakit dan penjaga, latihan ADL & IADL dan aktiviti domestik).
  • Pemulihan Psikiatri & Kesihatan Mental (merangkumi aktiviti pemulihan in-house programme dan Supported Employment Programme).
  • Pemulihan Neurosurgikal dan luka kebakaran/melecur (merangkumi kes kecederaan otak, pemberian pressure garments kepada pesakit dan sebagainya).
  • Program Kembali Bekerja bagi kes Ortopedik dan Medikal.
  • Penilaian Pra-Pemanduan bagi Permohonan Lesen OKU.
  • Penilaian kesesuaian kerusi roda.
  • Low Vision Rehabilitation.
  • Cochlear Implant Rehabilitation.