Pengenalan
Unit Perkhidmatan Bahan Steril (CSSU) terletak di aras 4 bersebelahan dengan Dewan Bedah dan Auditorium. Unit ini merupakan unit sokongan klinikal yang bertanggungjawab dalam menyediakan dan membekalkan bahan-bahan steril kepada unit di Hospital Sultan Abdul Halim serta klinik Daerah Kuala Muda mengikut Standard Operating Procedure yang ditetapkan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Menerima dan mencuci set dan peralatan yang telah diguna pakai daripada Dewan Bedah Utama, Dewan Bedah Bersalin, wad dan klinik di HSAH serta Hospital Lama Sungai Petani.
- Menyediakan set/alatan untuk disucihama mengikut Standard Operating Procedure yang ditetapkan.
- Menjalankan proses pensterilan (dilakukan oleh empat (4) orang Operator Otokleb yang bertugas mengikut giliran).
- Mengagihkan set/alatan steril kepada semua unit termasuk kepada klinik Daerah Kuala Muda.
- Menyediakan dan membekal keperluan soft goods seperti gauzes, swabs dan lain-lain untuk kegunaan Dewan Bedah Utama dan Dewan Bedah Bersalin, wad dan klinik di Hospital Sultan Abdul Halim dan juga Hospital Lama Sungai Petani.
- Memberi perkhidmatan pensterilan kepada klinik di Daerah Kuala Muda.
- Beroperasi dari hari Ahad hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi – 9.00 malam. Bagi hari Jumaat dan Sabtu serta Kelepasan Am, unit ini beroperasi dari jam 8.00 pagi – 8.00 malam.
- Selain itu staf CSSU juga bertugas atas panggilan sekiranya dipanggil oleh unit yang memerlukan setatau keperluan lain seperti soft goods dan linen.