Pengenalan
Penjagaan dan perawatan luka adalah salah satu perkhidmatan yang telah sedia ada di hospital. Jumlah pesakit yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan luka semakin meningkat. Walaubagaimanapun, disebabkan limitasi dari aspek infrastruktur, peralatan dan kemahiran anggota, program penjagaan dan perawatan luka tidak dapat dijalankan secara komprehensif. Penjagaan luka yang berkualiti dan berkesan amatlah penting bagi memastikan kadar penyembuhan luka yang cepat. Penjagaan luka yang tidak sempurna dan kronik akan mendedahkan pesakit kepada komplikasi jangkitan.
Unit Jagaan Luka bermula pada tahun 2016 dan telah berfungsi secara rasmi pada 15 Mei 2016, bertempat di Hospital Sungai Petani. Unit ini berfungsi sebagai pusat penjagaan luka di hospital ini dan memberi perkhidmatan pesakit luar. Secara umumnya penubuhan unit ini bertujuan meningkatkan kualiti penjagaan luka dengan pencapaian keberhasilan rawatan yang lebih berkesan yang berlandaskan garispanduan dan protokol saintifik.
Pembentukan Unit Jagaan Luka di hospital ini adalah sejajar dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 10 Tahun 2011 - Garispanduan Perlaksanaan Penubuhan Pasukan Penjagaan Luka di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, bertarikh 16 Oktober 2011.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Berfungsi sebagai klinik pesakit luar untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan luka kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dari fasiliti kesihatan kerajaan.
- Unit ini bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan seperti latihan anggota.
- Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan waris.
- Melakukan perawatan luka secara individu dan terancang.
- Membuat kajian dan penyelidikan untuk peningkatan kualiti.
- Memberi latihan penjagaan luka kepada anggota kesihatan.
- Memantau perkhidmatan penjagaan luka.
- Bertanggungjawab ke atas pesakit yang mempunyai luka kronik dan kompleks yang dirujuk dari bahagian pesakit luar.
- Menjadi perantara di antara anggota Unit Jagaan Luka dan Jawatankuasa Penjagaan Luka peringkat Kebangsaan.
- Bertanggungjawab untuk mengumpul, menganalisa dan menyediakan laporan ke atas data-data berkaitan penjagaan luka.