Pengenalan
Unit Hemodialisis beroperasi secara rasmi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 30 Mei 1998 dengan tujuh (7) buah mesin dan lapan belas (18) orang pesakit. Unit ini terletak di Hospital Sungai Petani (hospital lama).
Unit ini beroperasi setiap hari termasuk hari kelepasan am dan hanya ditutup pada cuti minggu (Jumaat) sahaja. Rawatan hemodialisis disediakan sebanyak 3 shif bermula pada jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam di mana setiap shif rawatan hemodialisis mengambil masa lebih kurang 5 jam.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rawatan hemodialisis untuk pesakit Negatif Hepatitis di Bangunan HDU Cempakasari.
- Rawatan Hemodialisis untuk pesakit Hepatitis B dan Hepatitis C di Bangunan HDU Lama.
- Rawatan hemodialisis untuk pesakit akut di Wad Kenanga 7.
- Rawatan hemodialisis akut untuk pesakit di Wad ICU/CCU dan kes positif Covid-19.
- Pada tahun 2020, terdapat lima (5) perkhidmatan berkaitan dengan Nefrologi yang diadakan di Hospital Sultan Abdul Halim iaitu Klinik CKD, Klinik Predialisis, Klinik Transplant, Klinik Glomerulor dan Klinik Hemodialisis.