Pengenalan
Unit Perubatan terletak di aras satu bersebelahan dengan Jabatan Farmasi Logistik. Fasiliti yang disediakan adalah bilik autopsi (Islam & bukan Islam), bilik autopsi mayat reput, makmal latihan untuk pembelajaran, bilik seminar, bilik penyediaan mayat (Islam & bukan Islam), 14 buah peti sejuk untuk simpanan mayat dan tiga (3) buah kenderaan jenazah.
Bidang Perubatan Forensik boleh dibahagikan kepada tiga pengkhususan iaitu:
- Patologi Forensik
- Melibatkan pemeriksaan mayat kes polis.
- Klinikal Forensik
- Melibatkan pemeriksaan perubatan mangsa/suspek yang terlibat dalam kes polis yang masih hidup.
- Amalan Medikolegal
- Menyentuh aspek-aspek perundangan dan etika perubatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Unit Forensik memberi perkhidmatan seperti pemeriksaan post-mortem ke atas kes kematian medico-legal dan kes kematian klinikal, penerimaan dan penyerahan jenazah/mayat daripada wad atau polis kepada waris serta penerimaan dan penyerahan ceraian anggota badan atau janin daripada wad kepada waris.
- Unit ini berperanan di dalam menguruskan kenderaan jenazah/mayat, menyimpan mayat yang tidak dituntut dalam tempoh masa sementara, melupuskan mayat tidak dituntut setelah mendapat kebenaran perlupusan oleh pihak polis, pihak kedutaan bagi warga negara asing atau Pengarah Hospital. Juga menyerahkan permit menguburkan dan menyediakan tempat pengurusan jenazah/mayat.