Pengenalan
Unit Fisioterapi terletak di Aras 2, bersebelahan kafeteria dan NICU. Perkhidmatan fisioterapi adalah dikategorikan sebagai sokongan klinikal. Tujuan utama adalah memberikan perkhidmatan fisioterapi kepada pesakit luar dan pesakit dalam.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perkhidmatan yang disediakan merangkumi rawatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam. Rujukan Pesakit Luar diterima dari pelbagai disiplin di Hospital Sultan Abdul Halim, hospital dan klinik kerajaan dan swasta.
Perkhidmatan Fisioterapi menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive dan preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam menggunakan kaedah proses penjagaan klinikal pesakit seperti berikut:- Penilaian pesakit.
- Penentuan masalah-masalah pesakit.
- Perancangan rawatan fisioterapi.
- Intervensi.
- Pendidikan pesakit serta kaunseling.
- Penilaian semula.
- Program discaj.
Skop perawatan fisioterapi meliputi bidang musculoskeletal, kardio-respiratori, neurologi, pemulihan sukan, kesihatan wanita, vestibular rehabilitation, lymphoedema, pemulihan kanak-kanak istimewa, pengurusan berat badan dan promosi kesihatan. Rawatan Fisioterapi yang diberikan terdiri dari elektroterapi, agen termal, senaman terapeutik, fototerapi, bandaging dan strapping, cryotherapy, hydrotherapy, terapi mekanikal, chest physiotherapy, teknik-teknik khas dan pendidikan pesakit. Perkhidmatan Hidroterapi, Shock Wave Therapy dan Fototerapi adalah antara rawatan berteknologi tinggi yang terdapat di Unit Fisioterapi. Program promosi kesihatan dan pencegahan dijalankan secara memberi ceramah, pameran dan pendidikan pesakit secara individu.