Unit Casemix


Pengenalan
Casemix adalah sebuah sistem yang mengkelaskan setiap episod rawatan pesakit di fasiliti kesihatan menurut kumpulan tertentu, di mana setiap kumpulan tersebut mempunyai ciri klinikal yang sama serta menggunakan sumber hampir sama. Oleh itu, maklumat Casemix merupakan gabungan maklumat klinikal dan kewangan bagi setiap episod rawatan pesakit di fasiliti kesihatan.

Casemix telah dilaksanakan di hospital KKM secara berperingkat bermula pada tahun 2010. Pelancaran Sistem Casemix MalaysianDRG HSAH secara rasminya telah diadakan di Auditorium HSAH pada 26 September 2019 oleh Dr. Mohd Ridzwan Shahari, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia diiringi oleh Timbalan Pengarah Perubatan (I), Datin Dr. Jamaliah Binti Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Perubatan (II) Dr. Nooraini Binti Abd Rahman dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Dr Azurin Chan Binti Mohd Mansor. Kemasukan data pesakit bagi sistem ini telah bermula pada 1 Oktober 2019.

Sehingga Disember 2020, sebanyak 102 (70%) daripada 146 buah hospital/institusi telah melaksanakan Casemix. Dijangkakan pada tahun 2022, perlaksanaan Casemix akan mencapai 100%.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Pengurusan kemasukan data Pesakit Dalam (inpatient) ke dalam Sistem MalaysianDRG peringkat hospital.
  • Menjalankan latihan pengisian data ke dalam Sistem MalaysianDRG kepada hospital dibawah kluster dan juga di peringat negeri Kedah iaitu HOKTEN (Hospital Yan dan Hospital Sik) dan HOKSEL (Hospital Kulim dan Hospital Baling).
  • Pengurusan dan penyelarasan aktiviti Audit Dokumentasi Klinikal Diagnosis dan Koding ICD10 peringkat hospital.
  • Menjalankan audit dokumentasi ke semua hospital Casemix di negeri Kedah termasuk HOKKU (Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Jitra), HOKTEN (Hospital Yan dan Hospital Sik) dan HOKSEL (Hospital Kulim dan Hospital Baling).
  • Pengurusan Audit Penghantaran Borang Daftar Masuk Hospital (PD301) manual.
  • Menyelaras dan menjalankan latihan yang berkaitan dengan Sistem Casemix kepada semua jabatan di HSAH termasuk Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan siswazah dan juga kejururawatan.
  • Memberi Latihan mengenai Ketepatan Diagnosis Utama dan Kesempurnaan Diagnosis Lain kepada semua Pegawai Perubatan Siswazah yang baru daftar ke HSAH.
  • Menyelaras dan menjalankan pengisian data kewangan peringkat hospital kepada akauntan dan Pegawai Rekod.
  • Memberi Latihan Ketepatan Diagnosis Utama dan Kesempurnaan Diagnosis Lain kepada semua hospital di Kedah iaitu HOKKU, HOKTEN dan HOKSEL.
  • Menyelaras dan menjalankan pengisian data kewangan peringkat HOKKU dan HOKTEN.
  • Menyelaras pengumpulan data kewangan iaitu nilai tanah, nilai bangunan, jumlah perbelanjaan hospital, jumlah emolumen dan elaun kakitangan hospital, jumlah emolumen pakar, pegawai perubatan, jururawat dan penolong pegawai perubatan, semua Objek Am, Objek Lanjut, Asset di HSAH, Perbelanjaan Out of Pocket, ukur bangunan setiap jabatan, bilangan semua pesakit mengikut kategori, bilangan katil, beban kerja setiap jabatan, penggunaan spesimen makmal, penggunaan imaging, penggunaan transfusi darah dan lain-lain maklumat kewangan kepada semua unit/jabatan di HSAH.
  • Penyediaan laporan casemix tahunan hospital.