Pengenalan
Jabatan Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan di hospital dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan, pengurusan laporan perubatan dan pengurusan statistik dan maklumat bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod perubatan, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik dan maklumat hospital dan perawatan pesakit, notifikasi penyakit berjangkit, pengurusan lembaga perubatan dan menyelaras persidangan Pertubuhan Keselamatan dan Kebajikan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jabatan Rekod Perubatan juga menyampaikan maklumat statistik perawatan pesakit kepada institusi pengajian awam bagi tujuan kajian dan penyelidikan.