Pengenalan
Jabatan Farmasi dan Bekalan adalah salah satu perkhidmatan sokongan utama di hospital ini yang bertujuan untuk memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan. Jabatan ini bertanggungjawab untuk:
- Mengoptimakan terapi ubat-ubatan melalui penyampaian perkhidmatan farmasi yang berkesan, dinamik dan progresif, berkualiti dan professional.
- Memastikan perbelanjaan ubat-ubatan dan bukan ubat di tahap yang ekonomik dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Memberi kesedaran mengenai penggunaan ubat-ubatan secara rasional, keselamatan pengubatan dan pelaporan kesan advers ubat.
- Mengoptimakan penggunaan tenaga kerja selaras dengan beban tugas yang perlu disediakan.
- Memastikan pencapaian perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Farmasi Ambulatori
- Farmasi Klinik Pakar.
- Farmasi Kecemasan.
- Kaunseling Ubat-ubatan.
- Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) – Warfarin, Diabetes, CKD, Respiratori dan RVD.
- Farmasi Nilai Tambah (SPUB, Telefon & Ambil/Mobile PharmMeds (MPM)/PharmCube/UMP1M dan Farmasi Pandu Lalu.
- Keselamatan Pengubatan.
- Farmasi Pesakit Dalam
- Farmasi Bekalan Wad.
- Sistem Unit Of Dose.
- Sistem Unit Of Use.
- Bekalan stok imprest.
- Bekalan bahan psikotropik dan dadah berbahaya.
- Farmasi Satelit.
- Pengurusan ubat-ubatan discaj.
- Farmasi Klinikal
- Farmasi Wad.
- Mengenalpasti sejarah pengubatan pesakit, case clerking, rondaan farmakoterapi, medication reconcillation, menilai ubat-ubatan & kaunseling pesakit.
- Farmakokinetik Klinikal (TDM).
- Farmasi Logistik
- Pengurusan Perolehan, Penerimaan, Penyimpanan, Pengeluaran dan Pemantauan:
- Ubat
- Bukan Ubat
- Reagen Makmal
- Gas Perubatan
- Pengurusan Perolehan, Penerimaan, Penyimpanan, Pengeluaran dan Pemantauan:
- Farmasi Maklumat Ubat
- Pengendalian pertanyaan berkaitan ubat-ubatan.
- Pengurusan kelulusan ubat-ubat terkawal (Ubat kuota, KPK, Pesara).
- R&D.
- Farmasi Pengeluaran
- Pengeluaran Sterile :
- Nutrisi Parenteral (TPN)
- Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR)
- Ubat titis mata
- Pengeluaran Non-Sterile : Galenikal (internal/eksternal).
- Prabungkus Ubat-ubatan.
- Pengeluaran Sterile :
- Kualiti dan Farmasi Latihan
- Pengurusan laporan dan statistik bulanan/tahunan.
- Pengurusan latihan kepada anggota, pelatih IPTA / IPTS dan pelajar ijazah/diploma.
- Aktiviti pembelajaran berterusan anggota.
- Initiatif Kualiti Jabatan.
- Dasar & Perancangan Farmasi
- Perancangan dan pemantauan dalam implementasi garispanduan, keperluan sumber manusia dan infrastruktur Farmasi.
- Quality Use of Medicine-Consumers (QUMC).