Jabatan Dietetik Dan Sajian


Pengenalan
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu unit sokongan klinikal hospital. Jabatan ini berperanan memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional dan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

Bagi mencapai objektif tersebut, operasi jabatan ini dibahagikan kepada Unit Sajian yang berfungsi untuk menjalankan proses penerimaan bekalan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan makanan, penghidangan secara berpusat (centralised plating) dan pembersihan peralatan, di samping Unit Dietetik yang memberikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit di wad serta Klinik Diet.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan Dietetik
    • Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy diberikan kepada pesakit dalam dan pesakit luar mengikut rujukan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan dijalankan setiap hari bekerja sepanjang tahun melalui Nutrition Care Process yang meliputi Nutrition Assessment, Nutrition Diagnosis, Nutrition Intervention dan Nutrition Evaluation and Monitoring. Bagi kes pesakit dalam yang dirujuk, perkhidmatan diberikan di wad berkenaan. Perkhidmatan untuk pesakit luar pula diberikan melalui sistem temujanji dan dijalankan di Klinik Diet. Di samping itu, Perkhidmatan Dietetik ke Hospital Yan, Hospital Sik dan Klinik Kesihatan Taman Intan dijalankan secara lawatan berkala setiap bulan.
  • Perkhidmatan Sajian
    • Perkhidmatan penyediaan sajian dijalankan setiap hari sepanjang tahun, meliputi diet normal dan terapeutik bagi semua pesakit di wad, rawatan harian dan pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis. Di samping penyediaan sajian untuk pesakit, sajian juga disediakan untuk ibu yang menemani anak di wad (Mother Accompany Child), doktor yang bertugas atas panggilan serta petugas-petugas di Dewan Bedah meliputi pegawai perubatan dan paramedik. Proses penyediaan makanan mengikut pematuhan kepada amalan Good Manufacturing Practices (GMP) dan mendapat pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).
    • Pada tahun 2020 juga, makanan disediakan kepada pesakit di Pusat Kurantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Petani.