Pengenalan
Jabatan ini beroperasi di Aras 5 untuk rawatan pesakit dalam (Wad Kenanga 3), Unit Komuniti Psikiatri (beroperasi di Wad Kenanga 3), Klinik Rehabilitasi Psikiatri (bersebelahan Wad Kenanga 3 dan di Hospital Lama Sungai Petani). Perkhidmatan rawatan pesakit luar dijalankan di Kompleks Klinik Pakar, Aras 3.
Satu lagi perkhidmatan di bawah jabatan ini iaitu Pusat Kesihatan Mental Masyarakat HSAH (PKMM), beroperasi di perkarangan Klinik Kesihatan Kupang, Baling.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Rawatan Pesakit Dalam.
- Rawatan Pesakit Luar.
- Klinik Psychogeriatric (Pakar Lawatan).
- Klinik Kanak-kanak Dan Remaja (Pakar Lawatan).
- Klinik Addiction (Pakar Lawatan).
- Klinik Clozapine / Lithium.
- Klinik Psikiatri Lawatan ke Hospital Yan.
- Klinik Psikiatri Lawatan ke Hospital Sik.
- Perkhidmatan Komuniti Psikiatri.
- Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja.
- Pemulihan Psikososial Bagi Pesakit Dalam Dan Pesakit Luar – Supported Employment.
- Perkhidmatan Psikologi Klinikal (Sessional).
- Perkhidmatan Kaunseling.
- Perkhidmatan Liason Psikiatri.
- Klinik Pengesahan OKU Mental.
- Pusat Kesihatan Mental Masyarakat HSAH, Kupang.
- Perkhidmatan Electro Convulsive Theraphy (ECT).
- Klinik Psikiatri Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan, Bedong.
- Memberi latihan dalam bidang psikiatri termasuk latihan untuk calon Sarjana Perubatan Psikiatri, calon sub-kepakaran psikiatri kanak-kanak dan remaja serta calon MRCPsych, jururawat pelatih KKM/swasta.
- Jabatan ini merupakan pusat rujukan kes-kes psikiatri dari hospital-hospital daerah lain terutamanya dari Hospital Kulim dan Hospital Baling.