Pengenalan
Seiring dengan pembangunan yang pesat dan cara hidup lebih mencabar, Jabatan Perubatan pada tahun ini terus melangkah dan memperkemaskan perkhidmatan-yang sedia ada di dalam mengendalikan rawatan kepakaran perubatan.
Dalam mencapai matlamat penyembuhan pesakit yang optima, perkhidmatan tertumpu kepada pesakit dalam, pesakit luar dan pesakit rawatan harian. Pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran yang tiada di jabatan ini, akan dihantar ke hospital berpakar yang lain.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Melakukan pemeriksaan dan rawatan perubatan kepada pesakit akut dan kronik.
- Memberi rawatan, menstabilkan dan berusaha mengurangkan penyakit serta beban yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarga.
- Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan kaunseling bagi mengawal penyakit berjangkit serta berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan juga kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan.
- Membantu pesakit untuk mendapat rawatan yang sewajarnya dan merujuk mereka ke hospital lain sekiranya tiada kepakaran.
- Menyediakan anggota yang cekap dan terlatih dalam teori dan praktikal kepada pelatih perubatan dari IPTA/IPTS.