Jabatan Pembedahan


Pengenalan
Jabatan ini terdiri daripada Klinik Pakar, Wad Pembedahan (Kenanga 1 dan 2), Unit Endoskopi dan Unit Rawatan Harian untuk mengendalikan pembedahan am yang meliputi pembedahan kecemasan dan elektif. Jabatan ini juga memberi rawatan pembedahan kecil dan rawatan endoskopi selain perkhidmatan rawatan kepada pesakit dalam dan luar serta menerima kes rujukan dari Hospital Yan, Hospital Kulim, Hospital Baling dan Klinik Kesihatan Daerah Kuala Muda.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Klinik Pakar Pesakit Luar Pembedahan
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam Wad Pembedahan.
  • Perkhidmatan Pembedahan Am.
  • Perkhidmatan Pembedahan Kecil.
  • Perkhidmatan Kimoterapi.
  • Perkhidmatan Endoskopi.
  • Perkhidmatan Rawatan Harian.
  • Perkhidmatan Klinik AVF.