Pengenalan
Jabatan Ortopedik terdiri daripada Klinik Pakar Ortopedik, wad lelaki ortopedik (Wad Kenanga 5) dan wad perempuan ortopedik (Wad Kenanga 6). Perkhidmatan diberi kepada pesakit di sekitar daerah Kuala Muda dan daerah-daerah yang berhampiran dengannya. Program networking dengan Hospital Yan dan Hospital Sik (kluster hospital) serta Hospital Sungai Petani (hospital lama) dijalankan bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan juga mementingkan perkhidmatan yang berkualiti serta selamat supaya pesakit mendapat kepuasan yang maksima dari perkhidmatan yang telah diberikan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar serta kes-kes yang dirujuk dari hospital dan institusi-institusi lain.
- Menjalankan pembedahan elektif dan trauma termasuk pembedahan joint replacement (Total Knee Replacment & Total Hip Replacment, tulang belakang (spine operation kes arthoscopy (ACL & PCL)), pembedahan untuk pediatrik, pemasangan illizarov bone transport and lengthening dan lain-lain.