Jabatan Oftalmologi


Pengenalan
Perkhidmatan utama Jabatan Oftalmologi adalah untuk memberikan perkhidmatan oftalmologi peringkat sekunder. Perkhidmatan ini diberikan melalui perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam, pembedahan dan Pusat Jagaan Harian (Daycare) Oftalmologi serta perkhidmatan optometri.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Jabatan Oftalmogi menyediakan perkhidmatan pesakit luar terdiri daripada Klinik Kepakaran Oftalmologi Am, Klinik Kecemasan, Klinik Diabetik Retinopati, Klinik Glaucoma, Klinik Ocular Plastik, Klinik Prabedah dan Posbedah serta Klinik Optometri.
  • Perkhidmatan pembedahan dilakukan samada sebagai pesakit dalam atau sebagai rawatan harian (Daycare) melalui Wad Rawatan Harian Oftalmologi (Daycare). Perkhidmatan pembedahan meliputi pembedahan kecemasan dan elektif serta pembedahan kecil (minor procedure).
  • Jabatan menerima kes rujukan dari hospital luar dan dalam negeri Kedah seperti Hospital Yan, Hospital Sik dan Klinik Kesihatan dari Daerah Kuala Muda, Daerah Yan dan Daerah Sik.
  • Jabatan ini juga menjalankan lawatan kepakaran ke Hospital Baling, Yan dan Sik serta menerima kunjungan subkepakaran Glaukoma dan Ocular Plastic daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada setiap bulan.