Pengenalan
Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi ialah satu jabatan yang dinamik dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang efisien kepada semua lingkungan usia wanita yang memerlukan penjagaan dan perawatan. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi pelbagai skop iaitu perawatan penjagaan ibu antenatal, intrapartum, post partum serta perkhidmatan sub specialised seperti pemanian berhadas (intra uterine insemination).
Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi Hospital Sultan Abdul Halim terdiri daripada:
- Wad O&G -Wad Kenanga 9 dan HDA, Wad Kenanga 10, Wad Kenanga 11 dan Kenanga 12.
- Dewan Bersalin berada bersebelahan Jabatan Kecemasan.
- Klinik Pakar O&G terletak di Aras 2 bersebelahan Klinik Pakar Pediatrik.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Penjagaan dan Rawatan Pesakit Dalam - perkhidmatan penjagaan rapi kepada semua kes-kes berisiko, ginekologi, antenatal, postnatal dan pembedahan.
- Penjagaan dan Rawatan Pesakit Luar Klinik Pakar termasuk Klinik Obstetrik & Klinik Ginekologi.
- Perbincangan Morbiditi/ Mortaliti Hospital.
- Mengadakan Lawatan Kepakaran ke Hospital Kulim, Baling, Yan dan juga klinik/hospital swasta.
- Menerima kes-kes rujukan dari Klinik Kesihatan Daerah Kuala Muda, Hospital Kulim, Baling, Yan dan juga klinik/hospital swasta.
- Menyedia perkhidmatan khas HRT/ Infertility Combined Clinic, Klinik Pre Pregnancy.
- Rawatan Harian prosedur minor IUI/ Colposcopy.
- Patient Asessment Center (PAC) menerima dan memeriksa ibu-ibu hamil. Dewan Bersalin memberi penjagaan perawatan kepada ibu hamil sehingga menyambut kelahiran.