Pengenalan
Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan salah satu jabatan yang penting di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Ia beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan bertindak sebagai barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang merangkumi pesakit kritikal, separa kritikal dan tidak kritikal.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perawatan Perubatan Kecemasan dan Trauma di zon kritikal, semi kritikal dan tidak kritikal termasuk pemerhatian dan rawatan asma. Perawatan kecemasan meliputi menstabilkan pesakit, mendiagnosa, melakukan prosedur dan memberi rawatan difinitif.
- Pusat Perkhidmatan Sepadu (OSCC)
Jabatan Kecemasan akan bekerjasama dengan jabatan lain di hospital, agensi di luar dan pihak berkuasa bagi kes-kes OSCC seperti kes rogol, penderaan seksual, penderaan kanak kanak, mengandung tanpa nikah, cabul, sodomi dan lain-lain. - Perkhidmatan Pre Hospital Care yang merangkumi perkhidmatan ambulans kecemasan dan pemindahan pesakit antara fasiliti.
- Perkhidmatan Liputan Perubatan yang menyediakan pasukan perlindungan perubatan sekiranya terdapat permintaan untuk sesuatu acara sama ada bersedia di Jabatan Kecemasan atau di lokasi.
- Menerima rujukan kes trauma dari hospital-hospital daerah lain terutamanya dari Hospital Baling, Hospital Sik dan Hospital Yan.
- Pengurusan bencana iaitu bertindak secara aktif dalam pengurusan bencana dan mengkoordinasi pengurusan bencana dalaman dan luaran.
- Memberi perkhidmatan khidmat latihan untuk Pegawai Perubatan Siswazah (PPS), Penolong Pegawai Perubatan Pelatih, Jururawat Pelatih, Pelatih Pos Basik, Program PPW dan lain-lain agensi seperti Jabatan Bomba dan JPAM.