Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial


Pengenalan
Jabatan ini terdiri daripada dua unit kepakaran iaitu Unit Bedah Mulut & Maksilofasial dan Unit Patologi Mulut & Perubatan Mulut. Jabatan Pergigian Pediatrik (Hospital Sultanah Bahiyah) mengadakan lawatan berkala dua kali sebulan.

Perkhidmatan Bedah Mulut dan Maksilofasial merangkumi rawatan trauma, patologi dan penyakit berkaitan mulut dan maksilofasial secara pembedahan. Perubatan mulut melibatkan perawatan kes berkaitan penyakit mulut secara farmakoterapi. Perkhidmatan Patologi Mulut pula melibatkan perkhidmatan kaji penyakit berkaitan mulut.


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Pembedahan Pre-Prostetik dan Dentoalveolar.
    • Pembedahan persediaan untuk prosthesis mulut.
    • Pembedahan gigi terimpak.
  • Trauma Oral dan Maksilofasial.
    • Pembedahan pembetulan tulang rahang dan muka yang patah
  • Patologi Oral dan Maksilofasial.
    • Perawatan tumor dan keganjilan oral dan maksilofasial
  • Perubatan Patologi Mulut.
    • Perawatan ulser, kesakitan dan penyakit berkaitan mulut
  • Pembedahan Orthognatik.
    • Pembedahan pembetulan rahang dan tulang muka yang tidak seimbang.
  • Pembedahan Sendi Temporomandibular.
    • Pembetulan patologi sendi rahang.
  • Pembedahan penanaman implant pergigian.
  • Rawatan kanser mulut.
  • Pembuatan Prosthesis Oral dan Maksilofasial.
    • Rawatan pembetulan kecacatan mulut dan muka akibat pembetulan dengan menggunakan prosthesis.
  • Rawatan rekahan bibir dan lelangit.
  • Rawatan pergigian.